Saturday, February 27, 2010

~little advice from my brother in law~

it was taken from fb.. our family conversation,.

Stop!!..ape la adik2 aku ni..orang bukak tread pasal pisau la..dah disalahgunakan untuk tujuan gaduh2 manja pulak..hiss..nak kena tazkirah ni..
Hafiz: control ego tuh..pi pujuk fiacee hang..once u try to hold woman's heart, hold it tightly..but softly..dont let anything let ur relationship down..especially from inside..in this case, from my observation, you have to appologise..u start to burn her heart..i knew that u are kiddng..but woman's heart not decode this kind of joking as kidding..or in other words, u hurt her heart..nobody can heal that cut, but u urself..never leave her suffering her paint alone..please ensure that the suffer not heal by someone else..include umi..or u lost something..
Fatin: be patient..take it easy..i knew my younger brother, hafiz..i knew him more than u do..untill u take him over and u'll b the closest person ever..it may take years to match..perfectly..but along the learning process, to know each other better, u'll face a lot of test..sometimes its painfully..but, when u both reach the stage, everything'll be nice..
Hafiz & Fatin: u both r approaching your big, important day..make the day glitter..take off any factors that can spoil that day..xnak gaduh2..hafiz, pergi study pasal hati wanita sebab bakal isteri kamu perlukan suami yg tegas dalam mentadbir keluarga, tapi gentle melayan isteri dan anak2 nnti..fatin pergi study mengenai isteri yang solehah..sbb bakal suami anda perlukan isteri lunak yang sentiasa senangkan hati suami..
insyaAllah....


this is an advice from my brother in law.. b.mizi, aliff's father.. it is very touching, and i feel so bless when he called me, his sister,..it means, he has accepted me as his family members.. alhmdllh.. thnx a lot b.mizi. at least, i know that there are lot of thing that i should know,.. i need to make lots of preparation to be a wife, besides recognizing my future husband. hu~,.. even though, he is really make me mad with his joke!! ~cool~.. ahh.. tak sbrnya nk kenal my new fmly!! b.mizi, thnx a lot! i am very appreciate it.. alhmdllh

~kesedihan yg nyata~

27 Feb 10

hari ni exam b.Arab.. antara subjek kesukaanku.. tp, allah izin, minggu exam, kesihatanku teruji. terutama, kepalaku. aku diserang sakit kpla yang teramat sgt, hingga tak boleh bgn dr katil.. inisiatif lain, aku pergi ke kedai spek mata, check power. menurut pekedai, power mataku turun. alhmdllh, seronok bkn kepalang, lantas aku terus membuat kptsan utk membeli cermin mata baru.

pendek crta, aku berjaya memiliki crmn mata baru dgn harga hanya rm340.murah kan?? alhmdllh,. tetapi, malangnya, masih tidak dapat menghilangkan kepeningan ni. semlm, aku baru shj melelapkan mata sblm zohor utk seketika,.. tiba2, bgn dr tdur, dunia ni seakan berpusing, seolah2 aku menaiki roller coaster!! ya Allah, terguling2 juga aku atas katil dan xmampu bergerak. aku sdih sgt, knp begini? esok (27hb) ada exam sedangkan aku tak dpt langsung membaca buku. sehingga, aku terpaksa meminta mun bacakan pdku. thnx mun.. =) mlm itu, Allah uji lg, kwsn km black out. aku terpksa solah mghrb secara duduk krn bmbng jatuh. setelah itu, huda msg utk turun ke surau dgn sgra, waheedah nak discuss tntg Arab. aku gagahkan jua langkah utk stdy di bawah.. hnya Allah yg tahu, bgaimana keadaan duniaku ktk itu.. pusing2.

kami stdy berbekalkan lmpu suluh n lilin shj.. tyme tu, rasa sgt2 keadaan org yg susah, dan jg zmn dhlu. ktkmana lampu tidak tercipta lg.. mcmana rasulullah n sahabat2 mbaca? msti guna lilin,kan? subhanallah,.. tp..drg tak rabun pun.. knp kita yg rabun plk.. allah lbh tahu.. subhanallah!

setelah sekian lama bergelap, allah menghadirka chya.. elektrik kmbli pulih.. lekas aku solah isyak dan membaca sedikit sebanyk yg aku mmpu.. kmdian.. tidur..dgn roller coasterku..

hari ni.. teruji sgt2.. soalan arab susah!! org yg mbaca istima' tu.. sebut tak btul n byk lg soalan yg lgsung km tak sangka, naik!! ya Allah, hmpir shj aku menangis.. bkn setakat itu shj, aku sangat sedih sbb... DIA yg jaga exam.. bermakna, aku terpaksa jg segalanya n tak blh nk tnya soalan! ya Allah.. tlg lah aku!! dgn kepla yg msh spt brda di alam terpusing2, aku gagahkan dri juga.. hmpir menangis tp...tahan..

aku org kedua keluar setelah waheedah, kmdian diikuti oleh rakan yang lain.. kami berkumpul di port DDE.. msing2 meluahkan ketidakpuasan hati,.. bkn krn tak redha, tp.. ya ALlah.. pulang shj ke asrama.. air tidak ada pula.. tak pa2.. perkara biasa.. alhmdllh, kurang sedikit kepeningan ini.. roller coaster kehabisan mnyk.. ya Allah.. ampunkanlah aku.. dosa2 ku.. yg mjadi hijab aku menjawab exam..

..ASTAGHFIRULLAH..

Tuesday, February 16, 2010

19 Dis 09..Hari itu..

Bismillahirrahmanirrahim..

Moga coretan ini meninggalkan seribu satu memori indah dalam hidupku sebagai seorang hamba Allah yang berhajat kepada keredhaanNya..

16 disember 09

Malam ini aku pulang ke selangor. Namun, tida siapa yang mengetahui mengapa, melainkan alasan ingin berjumpa doktor berikutan kesihatanku yang tidak menentu. Aku hanya sempat bersalaman dengan beberapa sahabatku sahaja, pak prebet datang terlalu awal. Alhamdulillah perjalanan aku ke rumah tiada halangan, sekadar sakit2 badan dan leher sebab dapat seat di belakang sekali, aku tak dapat adjust kedudukan kerusi mengikut keselesaanku. Moga Allah permudahkan..

17 disember 09

Seawal jam 4.30 pagi, aku tiba di stesen. Ma dan abah menjemput pulang. Setibanya di rumah, aku terus mengemaskan bilik yang agak penuh dengan barang2 hantaran pertunangan nanti, kemudian terus kurebahkan tubuh yang amat keletihan di atas katil. Lantaran terlalu letih, aku tertidur hingga jam 9 pg. Sms yang terlalu banyak membuatkan aku terjaga. Lenguh2 masih ada, tapi teringat kat ma, terus mandi dan tolong ma apa yang patut. Hampir jam 12, pelamin sampai. Aku hanya melihat sahaja proses2 pemasangan pelamin yang serba ringkas itu. Mmg ringkas tp, harganya..... aku pula sibuk bergambar dan mms gmbr2 pelaminku kepada waheedah. Teringat pula, Awa yang akan menjadi isteri orng tak lama lg. Entah apa lah perasaan dia sekarang. Sepanjang hari, aku langsung tidak rasa lalu makan, asyik ke tandas sahaja. Bukan dapat naik badan, tp makin kering pula! Selesai sudah pemasangan pelamin, aku lihat ma suka sangat. Tapi, aku tak tahu apa yang ada di dalam hati ma..mungkin gembira, mungkin juga terasa sebaknya, bila aku akan pergi tinggalkan ma tak lama lagi.. siap saja pelamin, aku terus buat kerja kuliah. Alhamdulilah, jiran datang menolong, jadi sempat juga menyiapkan assignment QHU.

Jam 2 tgh hr,bakal suami sms ma, sudah sampai ke kl, bertolak jam 8pg tadi. Laju juga cikMi bawa kereta. Lega sikit hati bila dapat tahu mereka dah sampai, teringat pula berita baru2 ni tentang pengantin baru yang accident, walhal baru 4jam dinikahkan. Ya Allah, hanya Allah saja yang tahu hati ni mcmana, ajal maut di tgn Nya, tp aku masih tak kuat untuk berhadapan dengan berita kematian jika melibatkan insan2 yang rapat denganku. Moga Allah beri apa yang terbaik.

Selesai menunggu berita dari bakal suami, kami tertunggu2 pula ketibaan keluarga pak ngah, dari pagi sampai sekarang tak sampai2 lagi. Untuk mengelak dari diusik, aku lari memasuki bilik, nak mandi. Tengah mandi, depa sampai.. kenalah turun pi sambut. Macam biasalah, Faiz dengan kameranya, terus snatch gambar! Ieee geram betul. Semua pakat2 tengok pelamin.. aku hanya mampu mendiamkan diri

18 disember 09

Hari ni macam biasa.. tiada debaran atau getaran yang di rasa.. aku hanya ,mengemas sikit2 shj.. pc Wan n mc Su dtg, bawa tentera daratnya, naim, afiq, and jiha. Tentera laut kena tahan reman kat nurseri.. alhamdulillah, kalau tak, entah apa jadi dengan pelamin and hantaran aku.. mc Su tgk warna hantaran coz esok dia nak bawa juga. Hm.. banyaknya,.. cantik2 pulak tu.. geram betul, nak je minta bakal suami pulangkan balik bekas2 hantaran. Apapun, aku bangga dapat ma, sbb ma betul2 luar biasa, macam2 ma boleh buat, tp kenapalah aku tak dapat mewarisi kelebihan ma? Jimat banyak duit.. =)

Faiz pula sibuk dengan internetnya, nak online dengan Aan, nak bg an An tengok sekali event esok. Kesian kat abg aku ni, mula2 tak dapat, tp alhmdulillah Allah izin Faiz ni pandai, kami dapat juga online. Siap sembang lagi, nasib baik dapat tahan air mata, adik manalah yang tak sedih kalau majlis mcm ni tak cukup adik beradik.. rindu kat An.. lama juga sembang dgn dia, sorang2 datang. Aku ada hantar mms pelamin kat dia, terus dia letak dalam FB, banyak sgt komen org bg kat dia, wal hal, aku yang bertunang.. bertunang? Macam nak akd terus je gayanya..

Malam tu, fmly adik brdik ma datang. A.Zai datang bagi hantaran dari dia and bg rekemen tntg mjlis April nnt. Ma terus bagi A.Zai barang hantaran April untuk digubah. Amboy, ma.. lajunya dia! Bakal suami tengah bimbang ma terima dia atau tak, tp ma pula laju je siapkan hantaran April ni. Mcm2 yang dibincangkan ma dengan A.Zai. tambah pula dengan gelagat anak bongsu A.Zai, riuh jadinya rumah kami mlm tu. Khemah pula tak dapat dipasang malam ni..berikutan terdapat hal2 yang tak dapat dielakkan. Abah pula sibuk mencatat sesuatu dalam buku notanya, bila di intai mak ngah, abah cepat2 menghalang. Buat teks untuk esok tu..Moga2 segalanya lncar esok hari..

19 disember 09

Hari yang dinantikan akhirnya tiba juga.. Maha suci Kau ya Allah, yang mengatur segalanya dalam lembaran ruh mahfuzku, pada tarikh ini, aku diikat janji bersama bakal suami yang Allah tentukan, bukan aku yang mencarinya. Walaupun mengikut Islam, aku dan bakal suami sudah sah bertunang, tetapi, kami sekadar memenuhi adat untuk meraikannya bersama ahli keluarga yang terdekat.

Aku mula bersiap bersama ‘dayang2’ku untuk ke butik aqiza. Beratnya hati bila wajah ini akan di ubah suai dengan alat2 solek yang tak pernah ku bayangkan. Mcm2 perasaan ada, bukan gembira..tp takut, risau dan bimbang apa yang akan difikirkan oleh umi, baba, dan bkal suami. Ya Allah, bantulah.. aku hanya mengalas perut dengan bi hun goreng sahaja. Sangka ku, selepas di make up kan, nak sambung makan lg,.. selepas mkn, km bergerak ke butik dengan A.Yati, jiranku. Dia sudi membantu kami menghantar aku ke butik untuk di make up kan.

Setibanya kami di butik, kami terpaksa menunggu mak andam (pure woman, bukan mak nyah) datang. Aku menyalin pakaian tunangku dahulu. Apabila mak andam sampai, aku mula kecut perut pabila melihatkan kotak alat soleknya yang dibawa bersamanya. Aku diarahkan duduk bersandarkan satu almari hitam. Kemudian, mulalah proses pe-make up-pan. Mcm2 jenis bedak yang dibubuh. Sekejap, disuruhnya aku pandang atas, jangan terlalu tunduk, tak boleh bergerak,..mcm2 lg. Ya allah, terasa siksa lah juga,..aku mula terfikir, mcmana artis2 luar ya? Adakah mrka berhias bgni? Pasti susah untuk ambil wudhuk kerana memakan masa hmpir satu jam lebih untuk sekali make up. Aku hanya 30minit, sbb minta make up nipis2 sahaja. Alhamdulillah mak andam ni boleh bertolak ansur juga, kalau tak, mngkin aku dah kena fire.

Selesai make up, aku diminta untuk memandang cermin. Alangkah terkejutnya aku bila melihat wajah sendri! Terasa amat2 lain, seolah2 ini bukan diriku. Make up punya kerjalah ni..kemudian,tudung pula.. mcm2. Mak andam ku itu tidak bertudung. Jd, amat tidak retilah untuk memakaikan tudung utk ku, tambahan pula, tudungku labuh. Sekali dia tarik,......terdedahlah auratku dibahagian hadapan. Alhamdulillah, aku diizinkan utk adjust kelabuhan tudung sendri. Itupun, sekadar cukup syarat. Ktk itu, aku teringtkan Nor Maisarah,..klau dia ada, pasti mudah untuk dia menghiaskan aku, sbb dia pakar dalam bab2 bgni. Aku agak tidak selesa jg dgn keadaan bgtu, tp demi meraikan keluarga, xapalah.. moga2 hati baba, umi, and bakal suami tak kata apa2 sudahlah..

Kami terus bergegas pulang ke rumah, ktk itu aku dapat tahu bakal suami dan keluarga serta sahabat2 sudah mula bergerak ke rumah. Cepat2 aku masuk ke dalam rumah, mcm biasa, camera man sedia menunggu, ‘click’!! satu demi satu gambar ditangkap. Aku pula asyik komen tudung ku. Debaran semakin terasa..namun dengan masa yang singkat, sempat lg aku menjamah bi hun yang tersisa dan ke tandas. Pada jam 10.15, rombongan bakal suami tiba.. aku cepat2 masuk ke bilik belakang, jantung semakin berdegup pantas. Terasa cemas. Ya Allah, aku tak pernah menyangka aku akn melalui saat2 ini juga,. Tidak pernah sama sekali.

Ruang tamu dipenuhi dengan keluarga kedua2 pihak serta jiran tetangga. Aku langsung tidak mendengar perbualan mereka. Sempat lg aku minta anak jiranku, Hasya dan Jiha meng’oter’kan tudung yang dari tadi tak pernah betul. Rasanya, lebih dari 10 jarum peniti melekat di tudungku. Ya Allah, aku khuatir sangat2 penampilanku akan menimbulkan rasa tidak sedap hati shbt2 yang bertandang ,ahupun keluarga umi sendri. Aku hanya mampu berdoa shj agar segalanya dipermudahkan. Tak cukup dengan itu, mc.Su juga tolong perbetulkan tudungku. Bertambah lg jarum2 peniti yang melekat dibelakang ni.

A.Yati beri isyarat angkat tangan kerana p.ngah sedang membacakan doa. Hati ini semakin berdebar, terasa hangat di dalam bilik, tangan mulai pucat kesejukan. Ya Allah, ni baru bertunang, tapi tak ku sangka begini keadaannya, ataupun adakah hanya aku sahaja yang terlalu berdebar. Ketika itu, bermacam2 mesej kuterima drpd kenalan yang mengetahui tntg majlis ini. Terketar2 juga tangan ini mahu menaip mesej.

Tiba2 pintu bilik dibuka. Adikku Fati memanggilku keluar, begitu juga A.Yati dan mama. Ya Allah, cepatnya habis doa! Ya Allah!! Faiz pula muncul dengan kameranya terus menangkap gambrku. Anak A.Yati, Hasya mengiringi ku ke hadapan, aku pula seakan2 tidak mampu bernafas kerana terlalu berdebar. Aku malu untuk mengangkat muka, sekadar tunduk sahaja, Hasya yang menunjukkan jalan. Ya Allah,..ramainya org! Tp tidak kelihatan pula kelibat bakal suami. Semuanya seakan aku tidak kenal, tp semua bola mata melihatku. Ya Allah... MALU!! Hasya menyuruhku duduk di atas pelamin. Aku bagai tidak keruan, rasa seperti mahu sahaja lari ke arah mama yang memerhatikan aku dari belakang. Cahaya Flash camera bertalu2 di hadapan mataku, bagaikan artis pula, tp maluku yang teramat tetap ku gagahi supaya tidak terlalu menggelabah. Aku hanya memandang ke arah mama sahaja, langsung tidak kupalingkan wajah ke sebelah kananku mahupun hadapanku dek kerana malu. Faiz terus menerus menangkap gmbr dari pelbagai posisi, aku hanya tersenyum sahaja. Baru kuperasan, ada juga juru foto dr pihak lelaki, rupanya, B.Mizi, abg kepada bakal suami yang baru sahaja menimang anak sulungnya tahun ini. Isterinya, k.mimi tidak dapat hadir kerana sakit mata. Aku hanya tersenyum, tp segan utk memandang ke arah kamera B.Mizi. tiba lah saat yang dinantikan. Umi datang ke arahku, lalu membuka bekas cincin. Terdetik di hati, alhamdulillah, umi yang menyarungkan cincin, kusangka bakal mertua.kuhulurkan tangan bersalaman, lalu perlahan2 umi menyarungkan cincin ke jari manisku. maka..aku bergelar tunangan AHMAD HAFIZ B JAAFAR.. semakin banyak flash, hmpir silau mataku dek cahaya2 lampu kamera. Kemudian, saat bergambar bersama. Faiz memanggil bakal suami untuk bergambar bersama. Ya Allah...debarnya hati!! Janganlah naik di pelamin.. aku risau jika mereka mahu kami bergambar bersama. Tp alhamdulillah bakal suami hanya duduk di bawah pelamin, agak jauh sedikit tp masih bersebelahan denganku. Seorang demi seorang bergambar bersama kami, aku dapat rasakan, dia juga berdebar sepertiku. Masakan tidak, menurut mentuaku, bakal suami langsung tidak bwa pakaian yang sesuai. Alhamdulillah mereka ada bawakan, itupun bakal suami meminjam kasut bapa mentua. Songkok langsung tinggal. Ya Allah.. mcm2 ragam..

Selesai bergambar, kedua2 keluarga keluar makan di khemah manakala aku masih setia di atas pelamin untuk bergambar. Bergambar dengan hantaran pihak lelaki. Alhmdulillah, An juga dapat menyaksikan majlis ini walaupun secara online. Tidak lama selepas itu, aku juga keluar untuk merai tetamu. Seakan2 aku adalah pengantin. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Pihak lelaki pun tidak berhajat untuk bertandang terlalu lama, mereka bergambar di pelamin lalu meminta izin utk pulang. Terasa segalanya berlalu dengan begitu pantas. Tidak sempat aku dapat berbual dengan umi dan adik2. Tp tidak mengapa, insya Allah selepas ini kami lebih banyak masa untuk bersama.

Kami mengiringi pemergian bakal suami dan rombongannya. Bakal suami tersenyum lebar sahaja. Tetamu makin lama makin ramai, penat juga aku bergambar dan merai kehadiran mereka. Namun, segalanya berbaloi, dengan hantaran sebanyak RM8888, kedua2 pihak bersetuju tarikh pernikahan 3.4.10 di ampang manakala 17.4.10 kenduri di kodiang, segalanya amat berbaloi.. ya Allah, moga segalanya Kau permudahkan.. aku mula menghitung hari pernikahanku, terasa agak berbeza apabila bergelar tunangan org, kini aku sedang menelaah pelbagai bahan bacaan untuk menambah ilmu alam baruku nnt, juga sedang berusaha untuk mengenali ahli keluarga baruku, dan berunding pelbagai perkara untuk majlis nanti. Ya Allah, izinkanlah segalanya berjalan mengikut syara’... terima kasih Allah..