Sunday, May 1, 2011

حملته أمه وهن على وهن

alhamdulillah, segala puji dan puja hanya dipanjatkan kepada
Illahi kerana dengan izinNya, jari ini masih laju menari di
atas papan kekunci, menaipkan huruf demi huruf, yang akhirnya
menjadi bicara dari hati.. ALHAMDULILLAH

setiap isteri tidak lari daripada fitrah mereka yakni akan
dikurniakan zuriat kecuali bagi mereka2 yang tidak dizinkan
Allah utk memilikinya.. dan diri ini sedang melalui fasa kehidupan
seterusnya, menjadi seorang ummi kepada khalifah generasi ummah
seterusnya..

sesungguhnya, memang pengorbanan seorang ibu itu terlalu besar!
Subhanallah, dulu ketika masih bujang, sy tidak terlalu merasakan
keperitan "hamalathu ummuhu wahnan 'ala wahnin' itu.. sy kira,
tidak seterukmana mengandungkan seorang anak, tp apabila
Allah mengizinkan sy melaluinya, terbit air mata mengenangkan
pengorbanan ibunda tercinta.. MasyaAllah.. sangat2 susah..

khalifah ini telah mencecah usia 2 bulan.
jantungnya mula berdegup, organnya mula terbentuk..
namun, hari2 yang dilalui bukan mudah..
alahan kepada bau2, muntah2 dan sebagainya menjadi peneman
setia kepada diri..tak mampu dielakkan..

terasa perit dan sakit, hingga menangis meminta Allah ringankan
bebanan.. namun apabila berkongsi pengalaman dengan k.Mumtazah
dan U.Mariyah, mereka hanya menasihatkan bersabar dan laluilah
pengalaman manis ini.. subhanallah, bagaimana dpt ditukarkan
kesakitan ini kepada rasa kemanisan yg amat??

ketika mata mampu memandang skrin laptp, cepat2 masuk youtube,
melihat perkembangan janin dalam kandungan..
Subhanallah.. keagunganNya terasa, indahnya ciptaan Yg Esa,
hilang segala rasa kesakitan, melihatkan pembesaran yang dilalui
bayi dalam rahim.. ya Allah.. tak sabar rasanya inginku lihat
khalifah ini lahir ke dunia, meneruskan perjuangan ulama
warisatul anbiya'! 7 bulan lg harus dinanti..

ya Allah.. ku mohon, segala kesakitanku, keperitanku,
terimalah sebagai ibadah ya Allah, demi melahirkan zuriat yang
beriman kepada Mu, utk mendapat barakah drMu, dan utk
mendapatkan doa dr seorg anak yag soleh sebagai penjamin
akhirat ku.. ya Allah,..peliharalah kami semua..

khalifahku.. ummi menanti kelahiranmu.. terima kasih kerana
berada di dalam rahimku..


Thursday, April 7, 2011

satu anugerah yg tidak disangka..

alhamdulillah.. Allah masih memberi keizinan utk jari jemari ini berlari laju di atas key board, dr satu demi satu huruf hinggalah terbentuk ayat yg menjadi luahan suara hatiku..

inginku rakamkan di sini saat2 indah ini..
sy baru shj menyambut ulang tahun pernikahan yg ptama,
terasa begitu cepat masa berlalu..tp kami masih merasakan seperti
baru shj bernikah kelmarin..

indahnya sebuah pernikahan dgn hadirnya anugerah dr Illahi,..
itu yg mula sy rasakan tatkala menanti kitaran haid utk bulan 3..
aneh.. tidak ada tapi sakit senggugut kuat pula menerpa..
ktk itu hati berdebar2..suami pula outstation seminggu..
hari berikutnya juga tidak ada.. akhirnya sy memnta izin suami
utk membeli alat test pregnancy..
mlm itu sy telah menggunakannya.. menurut instruction,
jika line pertama shj, bermakna negative, jika line pertama dan kedua
bermakna positif.. namun line pertama pekat tandanya..line kedua smar2
jd sy beranggapan TIDAK ADA.. air mata mengalir..
terus sy menangis kpd Allah.. mengadu kesedihan dan kekecewaan..

esoknya, sy bertugas di Raudhah.. ktk itu U.Mariyah ada di situ,
terus sy menceritakan hal yg berlaku.. bulat matanya apabila dia menyatakan
wpun samar2, ia tetap menunjukkan ADA krn hormon hcg (klu tak silap) hanya ada pd org yg mengandung! MAsyaAllah!! bergetar jiwa mendengarkan berita itu.

pulang shj dr Raudhah, sy meminta suami membelikan alat itu sekali lg..
menurut U.Mariyah, gunakan pd awal2 pg krn ktk itu urine 'kuat', cepat kesannya..entah kenapa, mungkin terlalu excited, sy terbangun pd jam4 pg dan terus test.. ALHAMDULILLAH.. SUJUD SYUKUR PD ALLAH.. POSITIF..

ya Allah.. takut juga utk menerima amanah ini..
wpun gembira, ttp risikonya besar..
knp? krn sy perlu membesarkan khalifah ini dlm suasana islam sedang dagang,
kejahatan berleluasa, kemaksiatan merata2.. mampukah sy menghadapinya??
hanya pdMu ya Allah.. diri ini berserah.. peliharalah anugerah ini ya allah!!!

Wednesday, March 9, 2011

Raudhah dilanda banjir!


Hari ini dalam sejarah. Setelah sekian lamanya bumi Kelantan tidak dibasahi hujan. Hari ini, hujan berterusan dr pg hingga mlm. Raudhah diteruskan mcm biasa. Alhmdllh, puan Faznita tidak ada kuliah hari ini, jd dia menemani Ashraf sebentar, manakala Kzah temani Mujahid. Sedang kami bermain2 dgn anak2, tiba2 hujan turun dengan lebat sekali. “tik!tik!tik!....” bunyi titisan air mula kedengaran.tidak lama kemudian, titisan bertukar mjd air yg laju mengalir. Raudhah banjir!!


Kelam kabut kami mengmbil baldi utk menadah kawasan banjir, tak cukup dengan baldi, di tambah dengan tong smapah, dan juga bath tab baby. Cepat2 sy mencari kain utk lap titisan air yg mula mengalir ke tempat lain, khuatir licin dan membhayakan ank2. Hujan mkn lebat. Yusuf mula merengek. Hani pula inginkn phatian apbila melihat Mujahid dan Ashraf ditemani ummi msg2. “YA Allah…. Bantulah kami YA Allah…..” tak menang tgn dibuatnya. KNurul mendukung Hani. Yusuf pula semakin kuat rengekannya. Cepat2 sy mengmbil Yusuf dan memegangnya sambil mengelap lantai. Kzah sibuk membuat panggilan, maklumkan hal ini kepd En Ruqaimi. Ya Allah..agk kelam kabut dan mguji kesabaran ktk itu.. tp alhmdllh, Allah izinkan sy dapt bersabar.


Sejurus selepas itu, en Muadz dan staff yg lain dtg melihat keadaan Raudhah. Rupanya, tukang bina Raudhah tidak menampal siling atas, sekadar menutup bumbung Raudhah dengan siling biasa shj. Amat bahaya!! Air semakin byk jatuh menitis. kZah perlu ke tempat kerja, meninggalkan Mujahid. Seperti yg dijangka, Mujahid blari ke arah baldi2 lalu bermain dengannya. Penat berkejar dgn Mujahid ni! Sungguh kuat utk bermain..subhanallah! pd masa yg sama pula, Puan FAznita perlu ke tempat kerja. Maka, meraunglah Ashraf.


Sy puas memujuk Ashraf supaya diam, khuatir kuat sgt menangis nnt bahaya pula, boleh jatuh skt. Namun, gagal. Ashraf kuat meronta. Sy bdiri pula mendodoikannya, yA Allah, kuatkanlah tgn ini.. beratnya Ashraf.. zikrullah diulang2 di telinganya.. hampir 30 minit juga utk pujuk Ashraf.. mgkin krn tlalu penat, mata sudah merah, Ashraf mula menunjukkan tanda2 mahu tidur.


Sy msh lg bdri dan mendodoikannya, dia sekejap2 tjaga, menangis, kmdn tdr balik. Pernah sekali, KNurul sedang mandikan Mujahid, sy tpksa letakkan Ashraf sekejap krn Yusuf menangis, kesian Yusuf. Ashraf menangis lg. Hani pula lihat Ashraf melentokkan bdn pd sy, dia juga ingin berbuat demikian. (Hani mula bljr bmanja….) akhirnya, di tangan kiri sy Ashraf yg sedang menangis, di paha kanan sy Hani yg melentokkan diri, dan hadpaan sy, sy memegang Yusuf yg inginkan perhatian. Siap shj Mujahid pakai baju, sy panggil KNurul..” Akak!......Tolong……” dengan muka yg benar2 bhjtkan ptolongan. Ya Allah….. mencabar sungguh!! Tp itulah kenangan yg plg melucukan sy..

KEleTAh CaHayA MatA RAudHAh KtD

Gelagat anak-anak RAudhah

Kali ini, bilangan anak-anak Raudhah semakin bertambah. Puan FAznita dan puan HAnnan member kepercayaan kpd phk Raudhah utk mjga anak2 mrk.. namun, inilah rasanya tugas yg mencabar bg sy.. knp? Krn anak puan faznita, Ashraf telah dibiasakan dijaga oleh neneknya, jd ini kali pertama dia berada d dlm nursery. Sy pula mengasuhnya, maka Ashraf tidak biasa dgn org lain. Bila diletakkan shj di bwh, Ashraf akn terus menangis, bukan menangis biasa2, tp sehingga merah muka dan tangisannya mengambil masa yg agk lama utk bhenti..itupun jika dia terlalu letih..

Ashraf sebaya dengan Mujahid tp msh tidak boleh bjalan sedangkan Mujahid sudah pun berlari ke sana ke sini. Msh lg hisap puting walhal giginya sudah banyak yg tumbuh. Mujahid pula baru enam batang gigi. Kata org tua, kalau anak yg cepat tumbuh gigi, lmbt bjalan. Bgtu juga sebaliknya. Wallahu a’lam.

Hani, anak puan Hannan pula alhmdllh, sgt mesra dengn org lain. Tubuhnya terlalu kurus dan kecil. Bagaikan kapas. Giginya baru empat batang. Mgkin muda sdkt dr Mujahid, baru pandai bjalan. Tp gaya bjlnnya sgt lucu. Mcm penguin dan tidak berapa stabil. Dia tidak kuat meragam, sgt baik dan comel!! Tp susah utk disuapkan makanan krn Hani tak suka mkn. Hani sering mjd teman sepermainan Mujahid, kerap kali ditolak jatuh, dijdkan kuda, dan mcm2 lg.hehe..tp dia sabar je. Cuma bila dia dah tak thn, Hani akan menjerit, tp sekejap shj jeritannya.

Afifah tak dtg sekolah hr ini.. dia demam. Mgkin demam rindu pd abinya yg perlu ke Kedah atas urusan tertentu. Agak lama juga dia demam. Moga Allah sembuhkannya! Apabila Afifah tidak ada, Mujahid pula yg minta di dukung apabila mendengar bunyi kapal terbang blepas. Dia akan menunjukkan kea rah tingkap dan bercakap2 seolah2 menyuruh kita membawanya ke tingkap. Mula terikutkan Afifah. Kalau Afifah terjatuh, dia kan menyuruh ibunya tiup kwsn yg sakit. Kalau tidak, dia akan meniupnya sendri. Mujahid pula sudah terikut2 jg.. acapkali jtuh, dia pasti akan menunjukkan pd kami tempat yg sakit. Hehe.. lucunya anak2 ni..

tp apabila melihatkan kerenah mrk.. ia adalah tarbiyah utk diri sndri sbnrnya.. Alhmdllh

GelaGAt Anak2 RAudHah KTd

1 mac 2011

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT kerana memberikan segala kebaikan kepada hamba2Nya.. dengan izin Allah, Raudhah Child Development Centre KTD telah beroperasi walaupun masih terdapat beberapa bahagian teknikal yg masih perlu diselenggarakan. Murid pertama yang mendaftar ialah Abdullah Mujahid dan Afifah Solehah. Alhamdulillah saya berpeluang melihat gelagat mereka di tempat yang baru. Ktk penyelenggaraan sedang di lakukan, Mujahid kelihatan sangat takut dengan bunyi mesin gerudi. Dia seperti tergamam dan pasti memeluk kuat sesiapa di sisinya krn terlalu takut. Hehe..ingatkan Mujahid kental dan tegar dengan segala benda rupanya tidak juga.. takpe, kena berlatih supaya dpt jd mujahid yg sebenar!

Afifah pula menangis kerana msh terasa asing di tempat yang baru. Tp alhamdllh semakin lama, semakin pulih. Dia mula aktif dan bermain bersama Mujahid. Saya pula dpt pengalaman baru dengan membasuh Afifah yg membuang air besar, walhal dia baru shj sudah dimandikan. Ktk mandi, Afifah akan terloncat2 lalu memeluk saya krn terlalu sejuk dan seronok. Maknanya, saya pun akan mandi sama. Hehe. Bila basuh berak Afifah, terkenang pula suatu ketika anak menakan sy, Dek Man. Semasa dia msh kecil, sy lah yg akan membasuh berak dan muntahnya. Alhamdulillah, Allah beri pengalaman kpd sy.

Antara gelagat yg melucukan hati sy ialah apabila Afifah mendengar bunyi kapal terbang berlepas, pasti kelam kabut berlari ke arah sy lalu menyebut “ te be..” berulang kali sambil tangannya menunjukkan arah langit. Dia nak sy dukungnya dan bawa di ke tingkap krn mahu melihat kapal terbang. Mula-mula memang seronok, tp lama kelamaan, letih juga krn bukannya sekali dua kapal tbng berlps, tp byk kali! Allahu Akbar.. =)

Sy rasa amat seronok apabila dpt berada di RAudhah bersma anak2 suci ini. Inilah masa yg paling sesuai utk diterapkan asma’ Allah kpd mereka. Seperti yg sentiasa kami sebut,”Allahu Akbar..” alhmdllh, Afifah mula terikut2 nmun dengan bhs pelatnya lg..”A..Bar..” hehe.. Comel!!

Moga mrk dpt kami tarbiyah dgn acuan Islam.. ya Allah, berkatilah kami dan kasihilah mrk..

Tuesday, January 4, 2011

Penyakit Uji Keimanan, Kesabaran Manusia

Penyakit Uji Keimanan, Kesabaran Manusia

Umat Islam digalak ziarah, hulur bantuan ringankan beban orang sakit

SETIAP penyakit yang didatangkan Allah kepada kita umat Islam semuanya adalah ujian terhadap keimanan kita kepada-Nya. Ujian itu sama ada besar atau kecil bertujuan menghapuskan dosa jika kita bersabar.

Semua penyakit yang didatangkan Allah mempunyai ubat kecuali penyakit tua dan mati atau sampai ajal seseorang. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Mereka bertanya: Ya Rasulullah, apakah kami berubat? Baginda menjawab; Ya Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah meletakkan penyakit dan diletakkan pula penyembuhannya, kecuali satu penyakit iaitu penyakit ketuaan."
(Riwayat Abu Sunnah)

Sementara itu, Allah juga memberi ganjaran kepada orang yang menziarahi orang sakit. Daripada Thauban, Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Orang yang menziarahi orang sakit sentiasa berpeluang 'memungut' ganjaran dari syurga sehinggalah ia pulang." (Hadis riwayat Muslim)

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Barang siapa mengunjungi orang sakit atau menziarahi saudaranya yang seagama, maka memanggil akan dia oleh malaikat: Baik engkau dan baik perjalanan engkau dan sesungguhnya engkau telah menempatkan dalam syurga suatu tempat yang baik."

Dalam keadaan pesakit terlantar di katil hospital atau rumah, mereka akan rasa dihormati jika ada saudaranya, kaum kerabatnya dan kawan serta kenalannya datang menziarah. Kunjungan itu akan mengurangkan bebanan perasaan serta mengurangkan rasa sakitnya.

Tetapi seandainya tidak ada keluarga dan kawan menziarahi, dia akan berasa terasing, sedih dan pilu. Ini akan menambahkan lagi bebanan rasa sakitnya. Oleh itu, menziarahi orang sakit sangat digalakkan oleh Islam.

Cegahlah segala penyakit, sebab itu lebih utama daripada mengubatinya. Dalam kehidupan umat Islam, sesudah nikmat iman, tidak ada pemberian Allah yang lebih baik daripada nikmat kesihatan.

Oleh itu, jika menghidap penyakit segeralah diubati supaya tidak melarat dan mendatangkan lebih banyak mudarat.

Jangan sesekali meminta kepada orang biasa atau dukun pengamal mistik yang mengaku mempunyai ilmu ghaib. Barang siapa mendatangi mereka maka Allah tidak akan menerima sembahyangnya selama 40 hari.

Sementara itu, jangan berubat dengan benda haram, misalnya alkohol, binatang atau benda lain yang diharamkan Allah kerana Allah yang menciptakan penyakit tidak menjadikan yang haram sebagai penyembuh.

Uthman bin Abu al-Ass mengadu kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam akan kesakitan dirasai pada jasadnya sejak ia memeluk Islam, lalu Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda kepadanya:
"Letakkan tangan engkau pada bahagian jasad yang engkau merasai sakit dan katakanlah: Dengan nama Allah, sebanyak tiga kali, kemudian katakanlah sebanyak tujuh kali: Aku mohon berlindung dengan Allah dan kekuasaan-Nya daripada keburukan yang aku dapat dan aku berwaspada." (Hadis riwayat Muslim)

Sementara itu, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam juga mengajar doa menziarahi orang sakit. Daripada Ibnu Abbas, Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Orang yang menziarahi pesakit yang belum tiba saat kematiannya, lalu ia berkata di sisinya, sebanyak tujuh kali: Aku bermohon kepada Allah Yang Maha Besar, Tuhan 'Arasy yang Agung, agar menyembuhkan engkau. Nescaya Allah akan menyelamatkannya daripada penyakit itu." (Hadis riwayat Abu Daud)

Jelaslah sakit dan penyakit adalah ujian Tuhan kepada hambanya. Setiap orang akan merasa sakit sama ada sakit berat atau ringan. Setiap penyakit ada ubatnya. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Allah tidak menurunkan suatu penyakit melainkan Allah menurunkan penyembuhan untuknya." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Apabila anda sedang sakit, bersabar dan bertawakal sambil berikhtiar untuk berubat. Penyakit datang dengan tiba-tiba, sedangkan penyembuhannya memerlukan waktu yang lama. Harus diingat, doktor hanya mampu mengubati sedangkan yang menyembuhkan adalah Allah.

Bagi mengelakkan penyakit, selalu bersenam, jangan makan terlalu kenyang ini kerana terlalu banyak makan mengakibatkan timbulnya penyakit jantung, darah tinggi, hati dan paras kolesterol tinggi.

Umat Islam juga diingatkan mengelakkan penyakit yang mengaibkan dan berbahaya. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan segala penyakit yang berbahaya."

Dan dalam hadis lain, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada mati sebab jatuh ke dalam telaga, mati akibat runtuhan, tenggelam, kebakaran dan aku berlindung daripada dibinasakan oleh syaitan ketika hendak mati, aku berlindung kepada-Mu, dan aku berlindung daripada mati kerana sengatan binatang yang bisa." (Hadis riwayat al-Nasai dan al-Hakim)

Sesungguhnya Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam sebagai seorang Rasul memang dipelihara Allah daripada sebarang penyakit jelik. Bahkan Baginda mengingatkan kepada umatnya supaya berusaha mengelakkan dan menjauhi penyakit yang mengaibkan dan perkara buruk lain.

Sakit adalah takdir Allah yang menimpa kepada sesiapa dikehendakinya. Tidak ada orang yang meminta untuk mendapat penyakit. Tetapi apabila penyakit menimpa, maka hendaklah kita bersabar menerima takdir Allah dan berusaha supaya disembuhkan daripada penyakit itu.

Saturday, December 11, 2010

Selamat Hari Lahir Abg!


hari ini saya bertungkus lumus memasak utk abg..
saya berusaha utk mencintai memasak wpun saya tahu, sgt sukar bagi saya..

abg, saya tidak mampu memberikan apa2
melainkan sebuah cinta dan kasih krnNya saya akan terus berusaha memperbaiki diri krn saya tahu, terlalu byk kelemahan yg ada hingga membuatkan saya malu utk berhadapan dengan abg, yg penuh dgn ilmu..

saya tahu, berubah bukan mudah..
bgtu juga dgn tarbiyah, memerlukan masa yg agak lama, tp indahnya tarbiyah, jika dilalui krn Allah saya sygkan abg.. hingga sblm tdur, sy akan menatap wjh abg.. krn sy sgt2 bersyukur.. dihadiahkan Allah seorg insan yg amat hebat dan penuh kesabaran! terima kasih Allah! terima kasih abg... happy birthday buatmu...