Tuesday, January 4, 2011

Penyakit Uji Keimanan, Kesabaran Manusia

Penyakit Uji Keimanan, Kesabaran Manusia

Umat Islam digalak ziarah, hulur bantuan ringankan beban orang sakit

SETIAP penyakit yang didatangkan Allah kepada kita umat Islam semuanya adalah ujian terhadap keimanan kita kepada-Nya. Ujian itu sama ada besar atau kecil bertujuan menghapuskan dosa jika kita bersabar.

Semua penyakit yang didatangkan Allah mempunyai ubat kecuali penyakit tua dan mati atau sampai ajal seseorang. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Mereka bertanya: Ya Rasulullah, apakah kami berubat? Baginda menjawab; Ya Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah meletakkan penyakit dan diletakkan pula penyembuhannya, kecuali satu penyakit iaitu penyakit ketuaan."
(Riwayat Abu Sunnah)

Sementara itu, Allah juga memberi ganjaran kepada orang yang menziarahi orang sakit. Daripada Thauban, Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Orang yang menziarahi orang sakit sentiasa berpeluang 'memungut' ganjaran dari syurga sehinggalah ia pulang." (Hadis riwayat Muslim)

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Barang siapa mengunjungi orang sakit atau menziarahi saudaranya yang seagama, maka memanggil akan dia oleh malaikat: Baik engkau dan baik perjalanan engkau dan sesungguhnya engkau telah menempatkan dalam syurga suatu tempat yang baik."

Dalam keadaan pesakit terlantar di katil hospital atau rumah, mereka akan rasa dihormati jika ada saudaranya, kaum kerabatnya dan kawan serta kenalannya datang menziarah. Kunjungan itu akan mengurangkan bebanan perasaan serta mengurangkan rasa sakitnya.

Tetapi seandainya tidak ada keluarga dan kawan menziarahi, dia akan berasa terasing, sedih dan pilu. Ini akan menambahkan lagi bebanan rasa sakitnya. Oleh itu, menziarahi orang sakit sangat digalakkan oleh Islam.

Cegahlah segala penyakit, sebab itu lebih utama daripada mengubatinya. Dalam kehidupan umat Islam, sesudah nikmat iman, tidak ada pemberian Allah yang lebih baik daripada nikmat kesihatan.

Oleh itu, jika menghidap penyakit segeralah diubati supaya tidak melarat dan mendatangkan lebih banyak mudarat.

Jangan sesekali meminta kepada orang biasa atau dukun pengamal mistik yang mengaku mempunyai ilmu ghaib. Barang siapa mendatangi mereka maka Allah tidak akan menerima sembahyangnya selama 40 hari.

Sementara itu, jangan berubat dengan benda haram, misalnya alkohol, binatang atau benda lain yang diharamkan Allah kerana Allah yang menciptakan penyakit tidak menjadikan yang haram sebagai penyembuh.

Uthman bin Abu al-Ass mengadu kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam akan kesakitan dirasai pada jasadnya sejak ia memeluk Islam, lalu Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda kepadanya:
"Letakkan tangan engkau pada bahagian jasad yang engkau merasai sakit dan katakanlah: Dengan nama Allah, sebanyak tiga kali, kemudian katakanlah sebanyak tujuh kali: Aku mohon berlindung dengan Allah dan kekuasaan-Nya daripada keburukan yang aku dapat dan aku berwaspada." (Hadis riwayat Muslim)

Sementara itu, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam juga mengajar doa menziarahi orang sakit. Daripada Ibnu Abbas, Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Orang yang menziarahi pesakit yang belum tiba saat kematiannya, lalu ia berkata di sisinya, sebanyak tujuh kali: Aku bermohon kepada Allah Yang Maha Besar, Tuhan 'Arasy yang Agung, agar menyembuhkan engkau. Nescaya Allah akan menyelamatkannya daripada penyakit itu." (Hadis riwayat Abu Daud)

Jelaslah sakit dan penyakit adalah ujian Tuhan kepada hambanya. Setiap orang akan merasa sakit sama ada sakit berat atau ringan. Setiap penyakit ada ubatnya. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Allah tidak menurunkan suatu penyakit melainkan Allah menurunkan penyembuhan untuknya." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Apabila anda sedang sakit, bersabar dan bertawakal sambil berikhtiar untuk berubat. Penyakit datang dengan tiba-tiba, sedangkan penyembuhannya memerlukan waktu yang lama. Harus diingat, doktor hanya mampu mengubati sedangkan yang menyembuhkan adalah Allah.

Bagi mengelakkan penyakit, selalu bersenam, jangan makan terlalu kenyang ini kerana terlalu banyak makan mengakibatkan timbulnya penyakit jantung, darah tinggi, hati dan paras kolesterol tinggi.

Umat Islam juga diingatkan mengelakkan penyakit yang mengaibkan dan berbahaya. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan segala penyakit yang berbahaya."

Dan dalam hadis lain, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada mati sebab jatuh ke dalam telaga, mati akibat runtuhan, tenggelam, kebakaran dan aku berlindung daripada dibinasakan oleh syaitan ketika hendak mati, aku berlindung kepada-Mu, dan aku berlindung daripada mati kerana sengatan binatang yang bisa." (Hadis riwayat al-Nasai dan al-Hakim)

Sesungguhnya Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam sebagai seorang Rasul memang dipelihara Allah daripada sebarang penyakit jelik. Bahkan Baginda mengingatkan kepada umatnya supaya berusaha mengelakkan dan menjauhi penyakit yang mengaibkan dan perkara buruk lain.

Sakit adalah takdir Allah yang menimpa kepada sesiapa dikehendakinya. Tidak ada orang yang meminta untuk mendapat penyakit. Tetapi apabila penyakit menimpa, maka hendaklah kita bersabar menerima takdir Allah dan berusaha supaya disembuhkan daripada penyakit itu.

Saturday, December 11, 2010

Selamat Hari Lahir Abg!


hari ini saya bertungkus lumus memasak utk abg..
saya berusaha utk mencintai memasak wpun saya tahu, sgt sukar bagi saya..

abg, saya tidak mampu memberikan apa2
melainkan sebuah cinta dan kasih krnNya saya akan terus berusaha memperbaiki diri krn saya tahu, terlalu byk kelemahan yg ada hingga membuatkan saya malu utk berhadapan dengan abg, yg penuh dgn ilmu..

saya tahu, berubah bukan mudah..
bgtu juga dgn tarbiyah, memerlukan masa yg agak lama, tp indahnya tarbiyah, jika dilalui krn Allah saya sygkan abg.. hingga sblm tdur, sy akan menatap wjh abg.. krn sy sgt2 bersyukur.. dihadiahkan Allah seorg insan yg amat hebat dan penuh kesabaran! terima kasih Allah! terima kasih abg... happy birthday buatmu...

Sunday, October 17, 2010

Mak Cik Leha..


tiba- tiba aku teringatkan kisah seorang wanita yg dipilih Allah untuk melalui beberapa ujian hidup..
susuk tubuhnya melambangkan kudrat yg dimilikinya semakin lemah, dia bukan lg wanita yg berusia 2o-30an ttp telah mencecah ke angka 40-50an..namun masih lg gagah mencari sesuap rzki buat keluarga..

mak cik leha antara pekerja yg menjual makanan di kantin matri. orgnya ramah dan sntsa tersenyum. setiap hari dia akan dtg pd awal pg, dan balik lewat ptg di kantin menjual mknnnya.

aku lihat, setiap petang, dia akan dtg menolak troli yg penuh dgn brg2 keperluannya dr rumah. faktor geografi di matri yg berbukit tidak menjadi penghalang bgnya, dia terus menggagahkan diri menolak troli yg berat seorg diri. aku tak sampai hati membiarkan mak cik keseorangan begitu, lantas terus berjalan menuju ke arahnya dan membantu mk ck.

pada mulanya, aku tidak begitu rapat dgn mk ck. namun, sehari ke sehari, hubungan kami semakin rapat bagaikan anak dan emak. secara tidak kusedar, aku telah menjadi pembanyunya tanpa gaji hingga ting 5..sedikit sebanyak aku mula mengenali mk ck.. baru kukenal, wanita ini mungkin kelihatan lemah, namun memiliki hati yg teramat tabah!! pada mulanya, suami mk ck merupakan seorg lelaki normal, yg bekerja dan bersosial spt org biasa.. ktk aku di ting.1, pkck jrg ke kedai mk ck..namun, ktk aku di ting2, semakin lama pkck makin kerap berda di kedai mkck..dan jika dulunya dia bergurau senda dgn pljr, kali ini dia mula merapu. mkck meminta pkck pulang, tp pkck tdk mahu. semakin lama, penyakit pkck semakin melarat. dia tudak dpt bekerja, tubuhnya semkn susut. bru kutahu, pkck mnghidap penyakt barah otak ( something like that, im not sure).. dia smkn hlg kwln.. ktk aku di ting 4-5 (tak pasti) pkck hilang dr rumah rumah. entah ke mana. puas di cari, keluar surat khbr dan berita namun tidak ketemu. akhrnya, hasil bntuan irg ramai, mrk menjumpai krta yg dinaiki pkck sblm hilang. setelah cuti, aku masih mbantu mkck, nmun tidak langsung ku lihat, riak wjhnya sedih, ataupun air mata nya tidak berlinangan. mkck tetap tersenyum dan tabah!!hinggalah suatu hari, alhmdllh..mrk bjaya menemuinya..

mkck tetap mjaga pkck, setia dgn suaminya..pernah sekali, pkck merayau di kwsn mtri. mkck mencarinya lalu memapahnya pulang ke rumah. sudahlah tubuhnya kecil, dan tua, memikul beban yg berganda berat drpdanya.. mkck tetap tabah!

alhmdllh, mkck dimurahkan rzki, duit yg ada digunakan utk membesarkan sdkit kwsn rumahnya. sglanya hampir siap, tunggu utk di cat shj. sedang mkck brda di kantin, tba2 bomba dtg ke rumahnya. rupanya, baru mkck teringat, dia lupa utk memadam api yg digunakan utk memasak air! akbtnya, cerek itu meletup dan hmpir terbakar.. klhtn sedikit asap.. mkck tetap tidak mengeluh, dia tabah!

kini, pkck bru shj meninggal dunia..ktk raya aid ftri 2010.. dia redha dgn pemergian suaminya itu.. aku berkesempatan menemuinya baru2 ini. dia semakin tua,..giginya hampir tiada,..namun masih lg bekerja, tersenyum dan tabah mengharungi sisa2 hidup yg masih ada.. mengenangkan kisahnya, aku malu pada diriku sendri... dialah wanita yg amat tabah!!

Sunday, September 26, 2010

MUHASABAH

" tidaklah sedikit amal yang dibuat berlandaskan ZUHUD.. dan tidaklah besar amal yang dilakukan BUKAN KRN ALLAH.."

perkongsian bersama sir rosdi ini walaupun sebentar tetapi amat bermakna dan menyentuh hati.. benarlah, jika sesuatu amalan yg kita lakukan walaupun kelihatan kecil ttp jika ikhlas krn Allah, maka ganjarannya amatlah besar di sisi Allah..

berbeda pula amalan yang dilakukan walaupun sebesar gunung tetapi diiringi riya', takabbut, serta ujub, ataupun ada kepentingan lain,..sia2.. habaaam mantsura.. ibarat debu2 yang berterbangan..

bagaimana pula jika kita melakukan amal yg besar, berterusan krn Allah,..pastinya berganda besarnya pahala yg menanti kita..i.Allah!!

jom muhasabah!!

Thursday, September 23, 2010

TINTA CINTA

AKU TIDAK BISA MENGUNGKAP CINTA..
KERNA AKU TIDAK MAHU
MENJDI AHLI NERAKA..
NAMUN, SETELAH KUMENIKAH..
AKU BISA MENGUNGKAPNYA..
TAPI..
AKU MALU DGN BICARAKU SENDIRI..
KERNA HANYA KAU LELAKI DI HATI..
TIADA PENGALAMAN DLM HAYATKU..
MENYATAKAN I LOVE YOU..
PADA LELAKI SELAIN KAMU..
KUKIRA KAU TERIMA..
DIRIKU SEADANYA..
KERANA KUKINI..ISTERIMU..
DAN KAU PULA..
PEMILIK CINTAKU..
KU ABADIKAN TINTA CINTA INI..
TANDA KASIH YG BERSEMI..
DLM HATI SANUBARI..
SEORANG WANITA YG BERGELAR ISTERI..

MOGA KITA KEKAL BERSATU..
DLM SYURGA KITA KAN BERTEMU...

BAIT-BAIT CINTA UTKMU..

kupunya hati..
yg didiami oleh cinta..
puas kucari..siapakah gerangan insan..
yg cocok utkku serahkannya..
puas kucari..
hingga kulelah..
lalu kau hadir..
membawa cahaya..
menerangi hati..lalu membuka pintu cinta..
lelahku terubat..
patas bertkar menjadi ceria..
baru kusedar..
kaulah yang selayaknya..
menemani aku..
bersama membungakan taman cinta..
dgn kasih dan sayang krnNya..
aku cinta kamu..

AHMAD HAFIZ..SUAMIKU..



Wednesday, September 22, 2010

MARAH..

semua manusia memiliki persaan marah..
aku juga tidak terlepas..
apabila rasa itu dtg menyinggah..
ibarat taufan dtg memusnah

marah..
bila kucuba selaminya dgn sabar..
kutemui kekecewaan..
knp..
krn aku tahu..marahku bukan di jln yg benar..
mrhku krn hawa..
marahku krn kejahatan di dlm jiwa..

bgmna utkku uruskan marah..
agar dpku salurkan kpd kebenaran..
utkku melatih kesabaran..
supaya setiap kali ia dtg menjengah..
aku bersedia utk melelahkannya..

namun..bukan mudah..
kuperlukan masa..
kubutuhkan kekuatan..
utkku memanipulasikan keadaan..
sekiranya dia dtg lg..
kusiap bertahan..
dgn perisai kesabaran..
diiringi sebilah pedang keimanan..