Sunday, May 1, 2011

حملته أمه وهن على وهن

alhamdulillah, segala puji dan puja hanya dipanjatkan kepada
Illahi kerana dengan izinNya, jari ini masih laju menari di
atas papan kekunci, menaipkan huruf demi huruf, yang akhirnya
menjadi bicara dari hati.. ALHAMDULILLAH

setiap isteri tidak lari daripada fitrah mereka yakni akan
dikurniakan zuriat kecuali bagi mereka2 yang tidak dizinkan
Allah utk memilikinya.. dan diri ini sedang melalui fasa kehidupan
seterusnya, menjadi seorang ummi kepada khalifah generasi ummah
seterusnya..

sesungguhnya, memang pengorbanan seorang ibu itu terlalu besar!
Subhanallah, dulu ketika masih bujang, sy tidak terlalu merasakan
keperitan "hamalathu ummuhu wahnan 'ala wahnin' itu.. sy kira,
tidak seterukmana mengandungkan seorang anak, tp apabila
Allah mengizinkan sy melaluinya, terbit air mata mengenangkan
pengorbanan ibunda tercinta.. MasyaAllah.. sangat2 susah..

khalifah ini telah mencecah usia 2 bulan.
jantungnya mula berdegup, organnya mula terbentuk..
namun, hari2 yang dilalui bukan mudah..
alahan kepada bau2, muntah2 dan sebagainya menjadi peneman
setia kepada diri..tak mampu dielakkan..

terasa perit dan sakit, hingga menangis meminta Allah ringankan
bebanan.. namun apabila berkongsi pengalaman dengan k.Mumtazah
dan U.Mariyah, mereka hanya menasihatkan bersabar dan laluilah
pengalaman manis ini.. subhanallah, bagaimana dpt ditukarkan
kesakitan ini kepada rasa kemanisan yg amat??

ketika mata mampu memandang skrin laptp, cepat2 masuk youtube,
melihat perkembangan janin dalam kandungan..
Subhanallah.. keagunganNya terasa, indahnya ciptaan Yg Esa,
hilang segala rasa kesakitan, melihatkan pembesaran yang dilalui
bayi dalam rahim.. ya Allah.. tak sabar rasanya inginku lihat
khalifah ini lahir ke dunia, meneruskan perjuangan ulama
warisatul anbiya'! 7 bulan lg harus dinanti..

ya Allah.. ku mohon, segala kesakitanku, keperitanku,
terimalah sebagai ibadah ya Allah, demi melahirkan zuriat yang
beriman kepada Mu, utk mendapat barakah drMu, dan utk
mendapatkan doa dr seorg anak yag soleh sebagai penjamin
akhirat ku.. ya Allah,..peliharalah kami semua..

khalifahku.. ummi menanti kelahiranmu.. terima kasih kerana
berada di dalam rahimku..


4 comments:

  1. Jazakillah atas perkongsian. Fathin rindunya dekat anti...

    ReplyDelete
  2. salam..
    moga ALLAH melindungimu & dlm kandungnmu..

    ReplyDelete
  3. salam fathin...moga Allah bg kekuatan untuk fathin..jaga kesihatan n baby yer..=)

    ReplyDelete