Wednesday, March 9, 2011

GelaGAt Anak2 RAudHah KTd

1 mac 2011

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT kerana memberikan segala kebaikan kepada hamba2Nya.. dengan izin Allah, Raudhah Child Development Centre KTD telah beroperasi walaupun masih terdapat beberapa bahagian teknikal yg masih perlu diselenggarakan. Murid pertama yang mendaftar ialah Abdullah Mujahid dan Afifah Solehah. Alhamdulillah saya berpeluang melihat gelagat mereka di tempat yang baru. Ktk penyelenggaraan sedang di lakukan, Mujahid kelihatan sangat takut dengan bunyi mesin gerudi. Dia seperti tergamam dan pasti memeluk kuat sesiapa di sisinya krn terlalu takut. Hehe..ingatkan Mujahid kental dan tegar dengan segala benda rupanya tidak juga.. takpe, kena berlatih supaya dpt jd mujahid yg sebenar!

Afifah pula menangis kerana msh terasa asing di tempat yang baru. Tp alhamdllh semakin lama, semakin pulih. Dia mula aktif dan bermain bersama Mujahid. Saya pula dpt pengalaman baru dengan membasuh Afifah yg membuang air besar, walhal dia baru shj sudah dimandikan. Ktk mandi, Afifah akan terloncat2 lalu memeluk saya krn terlalu sejuk dan seronok. Maknanya, saya pun akan mandi sama. Hehe. Bila basuh berak Afifah, terkenang pula suatu ketika anak menakan sy, Dek Man. Semasa dia msh kecil, sy lah yg akan membasuh berak dan muntahnya. Alhamdulillah, Allah beri pengalaman kpd sy.

Antara gelagat yg melucukan hati sy ialah apabila Afifah mendengar bunyi kapal terbang berlepas, pasti kelam kabut berlari ke arah sy lalu menyebut “ te be..” berulang kali sambil tangannya menunjukkan arah langit. Dia nak sy dukungnya dan bawa di ke tingkap krn mahu melihat kapal terbang. Mula-mula memang seronok, tp lama kelamaan, letih juga krn bukannya sekali dua kapal tbng berlps, tp byk kali! Allahu Akbar.. =)

Sy rasa amat seronok apabila dpt berada di RAudhah bersma anak2 suci ini. Inilah masa yg paling sesuai utk diterapkan asma’ Allah kpd mereka. Seperti yg sentiasa kami sebut,”Allahu Akbar..” alhmdllh, Afifah mula terikut2 nmun dengan bhs pelatnya lg..”A..Bar..” hehe.. Comel!!

Moga mrk dpt kami tarbiyah dgn acuan Islam.. ya Allah, berkatilah kami dan kasihilah mrk..

No comments:

Post a Comment