Thursday, May 20, 2010

ujian tanda CINTA..

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah yg maha Berkuasa atas segalanya aku mulakan kalam bisu.. moga ada yg dpt mengambil sedikit perkongsian ini sbgai pedoman dlm hidup i.Allah..

Segalanya yg kita ada di dunia ini sekadar pinjaman semata.. tiada yg menjadi milik kita dan kita juga tidak pernah memiliki apa2 pun..kita lah makhluk yg plg fakir sekali dimuka Bumi Allah,.. segalanya adalah pinjaman semata2 dan Allah lah yg Tuannya.. allah boleh ambil semuanya sekelip mata dengan kehendakNya. Kita sebagai hamba wajib utk menerima apa shj yg allah tentukan utk kita kerana apa? Kerana.. allah lbh tahu apa yg terbaik utk kita hatta dlm bntuk ujian hidup..

Allah akan uji hambaNya dengan sesuatu yg menjadi kesayangan mereka.. andai mereka bersabar, maka Allah akan gantikan yg lbh baik.. subhanallah, tidakkah kita sedar selama ini bhw ujian2 yg dtg telah allah gntikan dgn pkra yg lbh baik? Allah yg berikan, bkn mnsia! Mmg pedih, sakit, sedih dan segala mcm perasaan akan kita lalui tetapi mana yg kita nak? Bhgia sementara ataupun selamanya?

Inginku kongsikan sesuatu di sini.. mengenai ujian material dr Allah.. ujian tanda peringatan..tanda kasihNya.. tanda kami antara hamba yg allah pilih utk merasainya..

Ptg jumaat mnggu lalu, aku dan kekasih hatiku bersama2 keluar ke Bandar utk membeli dapur. Setelah hampir berjam2 lamanya, tak juga jumpa2 barang yg dicari. Memandangkan waktu asar sudah masuk, km membuat keputusan utk solah dahulu kemudian sambung mencari dapur di kedai yg lain. Entah mengapa ktk aku mula memasuki masjid Kb aku sudah merasakan sesuatu yg akan berlaku,..seolah2 beg tanganku akan dicuri tp entah mengapa kegundahan itu sekadar bermain di hati. Tanpa berlengah, aku terus tinggalkan beg tgnku di sebelah sorg wanita yg bru sudah solah memandangkan semua org sdg solah berjemaah lalu terus berwudhuk. Setelah 3 mnt, aku msuk semula ke masjid. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat begku sudah tidak ada lg di situ. Aku bertanya kpd wnta yg ada di situ, katanya dah ada org yg ambil,. Ya Allah!! Tersentak aku seketika. Terus ku meluru ke pintu blkg, ku tanyakan kpd beberapa org yg bru keluar dr masjid, nmun mrk nyatakan bhw tiada lg yg keluar dr masjid. Aku berlari ke pintu hadapan pula, slh seorg dr remaja yg duduk di situ memberitahuku dia ada melihat seorg perempuan bergegas keluar bsma sebuah tas tgn yg kuyakini bhw tas tgn itu milikku. Ya Allah.. aku jd tak keruan,..perasaan jd kecamuk, sedih, bmbg, tkut dan sgla mcm lg. aku pergi ke tempat lelaki.

Kebetulan ktk itu mereka baru sudah solah, dan ada seorg pegawai polis di situ. Aku terus mbrthunya tntg beg tgnku yg dicuri org. ramai yg menggerumuniku, seolh ingn mbntu ttp tiada apa yg dpt dilakukan. Aku katakana pd mrk aku ingn mennggu kekasih hatiku. Tanpa berlengah, slh seorg dr mrk terus naik ke masjid, memanggilnya sedngkan aku lagsung tidak memberitahu lelaki itu keadaannya, siapa namanya dan rupanya bgmna. Entah aku jd semakin resah, sesak nafasku, bgaikan mahu rebah. Aku cuba pastikan semula tempat kuletakkan beg tgnku dan mmg tiada.

Aku bergegas semula ke tempat lelaki. Kulihat kanda dengan tenang menghampiriku. Aku terus meluru dan memeluknya lalu menangis teresak2. Beg duit, kunci krta, rumah, dan sglanya, h.setku dan kanda juga telah lesap bgtu shj.. Allahu Akbar.. namun kanda hanya tersenyum lalu menenangkanku. “takpe.. kita cari dulu,.. ingt allah..” subhanallah… kanda amat tenang..mampu tersenyum.. aku katakana pdnya aku belum lg solah, dia memintaku laksanakannya dgn khusyuk, dan dia juga mahu mendirikan solah hjt.. aku hanya mengangguk shj.

“Allahu Akbar” aku mengangkat takbir. Ktk itu hatiku penuh rasa sedih. Air mataku tiada henti membasahi pipi..ya Allah.. apakah hikmah ujian ini.. knp kami yg Kau uji bgni.. adakah ini yg terbaik utk km.. ya Allah.. izinkan km redha dgn ujian ini yaAllah.. pada rakaat pertama dan kedua, aku hnya sedih dan bmbg mengenai beg ku yg dicuri.. namun, pd rakaat ketiga, aku terbayang wjh kakanda.. dengan tenang menghampiriku.. Ya Allah!!! Itulah hartaku yg plg berharga… dialah suamiku yg amat kucinta.. trm ksh krn Kau tidak ambil dia dr ku lg.. yaAllah…aku cnta dia krnMu.. tenangnya kanda menerima ujian ini.. baru ku teringat.. ktk halaqah abh rosdi, ada mrk membincangkan mengenai ujian Allah.. ada 3 thp penerimaan seorg hmba thdp ujian allah. 1) sbr, 2)redha, 3)bersyukur.. subhanallah… setelah berdoa, aku sedikit tenang,.nmun gelisah itu msh ada.

Seusai solah, km bertemu di hadapan msjid. Km mencari di sekitar kwsn pasar dgn hrpn ketemu semula beg tgnku itu. Tiba2, seorg pkck menegur km, “ mcmana? Jumpa tak?” km terkejut.. km tak knl pkck ni, tp dia cam km.. alhmdllh..

Aku semakin terasa goyahnya utk berdiri,.betul2 lembik hingga tak mampu berjalan namun kekanda masih tersenyum dan terus mengingatkan aku kepada Allah.. kami ke pondok telefon yg berdekatan lalu menelefon mama dan memberitahunya mengenai kami. Mama agak terkejut. Kami meminta mama membekukan akaun secepat yg mungkin.

Setelah itu, kami pergi ke pondok polis yg berdekatan. Alhmdllh, rupanya kes ini sudah pun mereka catat. Kami hanya perlu menunggu polis rondaan ambil ke balai. Tidak lama kemudian, kelihatan sebuah kereta polis menghampiri kami, lalu kami bergegas ke balai yg berhampiran. Sepanjang perjalanan, inspector polis itu berbual dengan kami. En zainal namanya. Dia amat peramah dan langsung tidak segan silu bercerita dengan kami. Setibanya km dib alai, kekanda membuat laporan. Pada masa itu, hanya Allah yg tahu bgmna keadaan htku ini. Kemudian en zainal bertanyakan km bgmna km nk pulang ke rumah.

“ km tak da sapa2 yg blh tlg.. krta tak leh start, enset pun tak ada..” kata kekanda.

Terus en zainal menawarkan pertolongan utk menghantar km pulang. Subhanallah.. bukan setakat itu shj, dia ronda ke kwsn km memarkir krta krn khuatir pencuri itu sedang memerhatikan krta2 yg ada di situ, tambah pula plat krta kami nbr luar. En zainal siap berhenti dan melihat di kwsn sekiling. Org ramai cuba menghulurkan bantuan utk melihat2 krta km. sementara itu, kekanda cuba mencari tukang kunci di Pantai Timur namun hanya peroleh nbr telefon shj.

Apabila km tiba di asrama, en zainal dan rakannya turun dan menunggu km hingga dapat berjumpa sesiapa yg dpt membantu. Alhmdllh, en ruqaimi dan seorg siswa utm sudi menghulurkan bantuan. Kemudian barulah en zainal beransur pergi.

Aku teringat ada satu lagi hset yg telah lama kutinggalkan di rumah, hampir 2 bln lbh juga. Entah mengapa aku terus mengambilnya dan ku bertawakkal kpd Allah krn secara logiknya, hset itu sepatutnya hbs bateri, namun apabila aku on kan shj, SUBHANALLAH.. btrynya msh penuh!! Seolah aku baru mengecasnya semlm.. trm ksh allah!! Aku bergegas kea rah kanda dan memberitahunya gunakan fon ini dan gunakan nbr mxs ku.

Kami bertiga terus ke KB, tempat kanda meletakkan kereta. Kanda berusaha menggari tayar menggunakan rantai kunci gate asrama, dengan hrpn dpt melambatkan usaha pencuri itu utk mencuri krta km. kanda berikhtiar juga menelefon tukang kunci td..alhmdllh, dia blh dtg dan bntu km.. sementara aku pula pergi ke masjid berkenaan utk mcari semula beg tgnku. Ktk itu, aku hanya mampu menahan sedih dan memujuk diri agar bersyukur, bersabar dan redha pada Allah.. ingat pd Allah, janji2 Nya, dan bantuan2Nya.. dgn itu shj dapat aku tenangkan htiku..

Wktu magrb menghmpiri,.. kanda menyuruhku mendirikan solah dahulu..bgtu juga en ruqaimi. Dlm solah, aku pujuk hatiku lg.. alhmdlllh, allah tak uji dengan kehilangan kanda.. i.Allah allah nk bg pinjaman yg lbh baik.. Allah nk berikan kasihNya dengn cara yg lain..ini bukan musibah tapi tanda kasih Allah.. iAllah.. kalau tidak, aku pasti takkan dpt kenali kanda..kanda yg plg penyabar..

Usai solah, aku ke tempat kanda,..alhmdllh..krta km sudah dpt dibuka! Alhmdllh.. wlupun besar juga upah yg perlu dibayar, ttp berbaloi.. km mengucapkan trm ksh pd en ruqaimi dan tukang kunci itu. Alhmdllh.. terus kanda pergi ke masjid utk solah dan aku menunggunya di dlm krta… alhmdllh..ujian ni allah yg bg, tp allah yg permudahkan.. inilah kali pertama dlm hidupku aku merasakan allah amat baik..allah bntu byk sgt2 dr awal hingga akhir.. ya Allah..ampunkan km..jgn batalkan amal km.. jgn biarkan km sia2..

Setelah solah, km mengajak adik ( adik ipar) ke RCH (Radix Chicken House). Km msh bergelak tawa..pd masa yg sma, km bermuhasabah.. amatku tersentuh apabila kanda menyatakan dia sanggup khlgn segalanya tp tidak mampu hadapi kehilangan aku.. km baru shj mahu keluar, tiba2 ada 2buah krta polis dtg.rupanya en zainal bawa rakannya dr Tumpat semata utk membuka krta km. ya Allah.. limpahkanlah rahmat kpd insan ini.. kanda menerangkan sglanya kpd en zainal..

Mlm itu, km membelanja adik mkn bsma..entah mengapa km merasakan seolh2 tiada apa2 yg blaku.. sedangkan km telah pun khlgn pelbagai harta berharga.. smuanya ku serahkan kpd allah..agar Allah berikan kbkn kpd kami.. ya Allah..pndglah km.. ya Allah.. trm ksh ya Allah..

1 comment:

  1. assalamualaikum....moga Allah beri ketenangan dan ketabahan pada kak fathin serta suami...kak fathin pernah ckp ngn rosni...Allah uji kita krn cintaNya pada kita...setiap kli rosni sush..Rosni sllu ingt kata2 kak fathin itu...thanks kak...rindu ngn akak,,,

    ReplyDelete