Sunday, May 1, 2011

حملته أمه وهن على وهن

alhamdulillah, segala puji dan puja hanya dipanjatkan kepada
Illahi kerana dengan izinNya, jari ini masih laju menari di
atas papan kekunci, menaipkan huruf demi huruf, yang akhirnya
menjadi bicara dari hati.. ALHAMDULILLAH

setiap isteri tidak lari daripada fitrah mereka yakni akan
dikurniakan zuriat kecuali bagi mereka2 yang tidak dizinkan
Allah utk memilikinya.. dan diri ini sedang melalui fasa kehidupan
seterusnya, menjadi seorang ummi kepada khalifah generasi ummah
seterusnya..

sesungguhnya, memang pengorbanan seorang ibu itu terlalu besar!
Subhanallah, dulu ketika masih bujang, sy tidak terlalu merasakan
keperitan "hamalathu ummuhu wahnan 'ala wahnin' itu.. sy kira,
tidak seterukmana mengandungkan seorang anak, tp apabila
Allah mengizinkan sy melaluinya, terbit air mata mengenangkan
pengorbanan ibunda tercinta.. MasyaAllah.. sangat2 susah..

khalifah ini telah mencecah usia 2 bulan.
jantungnya mula berdegup, organnya mula terbentuk..
namun, hari2 yang dilalui bukan mudah..
alahan kepada bau2, muntah2 dan sebagainya menjadi peneman
setia kepada diri..tak mampu dielakkan..

terasa perit dan sakit, hingga menangis meminta Allah ringankan
bebanan.. namun apabila berkongsi pengalaman dengan k.Mumtazah
dan U.Mariyah, mereka hanya menasihatkan bersabar dan laluilah
pengalaman manis ini.. subhanallah, bagaimana dpt ditukarkan
kesakitan ini kepada rasa kemanisan yg amat??

ketika mata mampu memandang skrin laptp, cepat2 masuk youtube,
melihat perkembangan janin dalam kandungan..
Subhanallah.. keagunganNya terasa, indahnya ciptaan Yg Esa,
hilang segala rasa kesakitan, melihatkan pembesaran yang dilalui
bayi dalam rahim.. ya Allah.. tak sabar rasanya inginku lihat
khalifah ini lahir ke dunia, meneruskan perjuangan ulama
warisatul anbiya'! 7 bulan lg harus dinanti..

ya Allah.. ku mohon, segala kesakitanku, keperitanku,
terimalah sebagai ibadah ya Allah, demi melahirkan zuriat yang
beriman kepada Mu, utk mendapat barakah drMu, dan utk
mendapatkan doa dr seorg anak yag soleh sebagai penjamin
akhirat ku.. ya Allah,..peliharalah kami semua..

khalifahku.. ummi menanti kelahiranmu.. terima kasih kerana
berada di dalam rahimku..


Thursday, April 7, 2011

satu anugerah yg tidak disangka..

alhamdulillah.. Allah masih memberi keizinan utk jari jemari ini berlari laju di atas key board, dr satu demi satu huruf hinggalah terbentuk ayat yg menjadi luahan suara hatiku..

inginku rakamkan di sini saat2 indah ini..
sy baru shj menyambut ulang tahun pernikahan yg ptama,
terasa begitu cepat masa berlalu..tp kami masih merasakan seperti
baru shj bernikah kelmarin..

indahnya sebuah pernikahan dgn hadirnya anugerah dr Illahi,..
itu yg mula sy rasakan tatkala menanti kitaran haid utk bulan 3..
aneh.. tidak ada tapi sakit senggugut kuat pula menerpa..
ktk itu hati berdebar2..suami pula outstation seminggu..
hari berikutnya juga tidak ada.. akhirnya sy memnta izin suami
utk membeli alat test pregnancy..
mlm itu sy telah menggunakannya.. menurut instruction,
jika line pertama shj, bermakna negative, jika line pertama dan kedua
bermakna positif.. namun line pertama pekat tandanya..line kedua smar2
jd sy beranggapan TIDAK ADA.. air mata mengalir..
terus sy menangis kpd Allah.. mengadu kesedihan dan kekecewaan..

esoknya, sy bertugas di Raudhah.. ktk itu U.Mariyah ada di situ,
terus sy menceritakan hal yg berlaku.. bulat matanya apabila dia menyatakan
wpun samar2, ia tetap menunjukkan ADA krn hormon hcg (klu tak silap) hanya ada pd org yg mengandung! MAsyaAllah!! bergetar jiwa mendengarkan berita itu.

pulang shj dr Raudhah, sy meminta suami membelikan alat itu sekali lg..
menurut U.Mariyah, gunakan pd awal2 pg krn ktk itu urine 'kuat', cepat kesannya..entah kenapa, mungkin terlalu excited, sy terbangun pd jam4 pg dan terus test.. ALHAMDULILLAH.. SUJUD SYUKUR PD ALLAH.. POSITIF..

ya Allah.. takut juga utk menerima amanah ini..
wpun gembira, ttp risikonya besar..
knp? krn sy perlu membesarkan khalifah ini dlm suasana islam sedang dagang,
kejahatan berleluasa, kemaksiatan merata2.. mampukah sy menghadapinya??
hanya pdMu ya Allah.. diri ini berserah.. peliharalah anugerah ini ya allah!!!

Wednesday, March 9, 2011

Raudhah dilanda banjir!


Hari ini dalam sejarah. Setelah sekian lamanya bumi Kelantan tidak dibasahi hujan. Hari ini, hujan berterusan dr pg hingga mlm. Raudhah diteruskan mcm biasa. Alhmdllh, puan Faznita tidak ada kuliah hari ini, jd dia menemani Ashraf sebentar, manakala Kzah temani Mujahid. Sedang kami bermain2 dgn anak2, tiba2 hujan turun dengan lebat sekali. “tik!tik!tik!....” bunyi titisan air mula kedengaran.tidak lama kemudian, titisan bertukar mjd air yg laju mengalir. Raudhah banjir!!


Kelam kabut kami mengmbil baldi utk menadah kawasan banjir, tak cukup dengan baldi, di tambah dengan tong smapah, dan juga bath tab baby. Cepat2 sy mencari kain utk lap titisan air yg mula mengalir ke tempat lain, khuatir licin dan membhayakan ank2. Hujan mkn lebat. Yusuf mula merengek. Hani pula inginkn phatian apbila melihat Mujahid dan Ashraf ditemani ummi msg2. “YA Allah…. Bantulah kami YA Allah…..” tak menang tgn dibuatnya. KNurul mendukung Hani. Yusuf pula semakin kuat rengekannya. Cepat2 sy mengmbil Yusuf dan memegangnya sambil mengelap lantai. Kzah sibuk membuat panggilan, maklumkan hal ini kepd En Ruqaimi. Ya Allah..agk kelam kabut dan mguji kesabaran ktk itu.. tp alhmdllh, Allah izinkan sy dapt bersabar.


Sejurus selepas itu, en Muadz dan staff yg lain dtg melihat keadaan Raudhah. Rupanya, tukang bina Raudhah tidak menampal siling atas, sekadar menutup bumbung Raudhah dengan siling biasa shj. Amat bahaya!! Air semakin byk jatuh menitis. kZah perlu ke tempat kerja, meninggalkan Mujahid. Seperti yg dijangka, Mujahid blari ke arah baldi2 lalu bermain dengannya. Penat berkejar dgn Mujahid ni! Sungguh kuat utk bermain..subhanallah! pd masa yg sama pula, Puan FAznita perlu ke tempat kerja. Maka, meraunglah Ashraf.


Sy puas memujuk Ashraf supaya diam, khuatir kuat sgt menangis nnt bahaya pula, boleh jatuh skt. Namun, gagal. Ashraf kuat meronta. Sy bdiri pula mendodoikannya, yA Allah, kuatkanlah tgn ini.. beratnya Ashraf.. zikrullah diulang2 di telinganya.. hampir 30 minit juga utk pujuk Ashraf.. mgkin krn tlalu penat, mata sudah merah, Ashraf mula menunjukkan tanda2 mahu tidur.


Sy msh lg bdri dan mendodoikannya, dia sekejap2 tjaga, menangis, kmdn tdr balik. Pernah sekali, KNurul sedang mandikan Mujahid, sy tpksa letakkan Ashraf sekejap krn Yusuf menangis, kesian Yusuf. Ashraf menangis lg. Hani pula lihat Ashraf melentokkan bdn pd sy, dia juga ingin berbuat demikian. (Hani mula bljr bmanja….) akhirnya, di tangan kiri sy Ashraf yg sedang menangis, di paha kanan sy Hani yg melentokkan diri, dan hadpaan sy, sy memegang Yusuf yg inginkan perhatian. Siap shj Mujahid pakai baju, sy panggil KNurul..” Akak!......Tolong……” dengan muka yg benar2 bhjtkan ptolongan. Ya Allah….. mencabar sungguh!! Tp itulah kenangan yg plg melucukan sy..

KEleTAh CaHayA MatA RAudHAh KtD

Gelagat anak-anak RAudhah

Kali ini, bilangan anak-anak Raudhah semakin bertambah. Puan FAznita dan puan HAnnan member kepercayaan kpd phk Raudhah utk mjga anak2 mrk.. namun, inilah rasanya tugas yg mencabar bg sy.. knp? Krn anak puan faznita, Ashraf telah dibiasakan dijaga oleh neneknya, jd ini kali pertama dia berada d dlm nursery. Sy pula mengasuhnya, maka Ashraf tidak biasa dgn org lain. Bila diletakkan shj di bwh, Ashraf akn terus menangis, bukan menangis biasa2, tp sehingga merah muka dan tangisannya mengambil masa yg agk lama utk bhenti..itupun jika dia terlalu letih..

Ashraf sebaya dengan Mujahid tp msh tidak boleh bjalan sedangkan Mujahid sudah pun berlari ke sana ke sini. Msh lg hisap puting walhal giginya sudah banyak yg tumbuh. Mujahid pula baru enam batang gigi. Kata org tua, kalau anak yg cepat tumbuh gigi, lmbt bjalan. Bgtu juga sebaliknya. Wallahu a’lam.

Hani, anak puan Hannan pula alhmdllh, sgt mesra dengn org lain. Tubuhnya terlalu kurus dan kecil. Bagaikan kapas. Giginya baru empat batang. Mgkin muda sdkt dr Mujahid, baru pandai bjalan. Tp gaya bjlnnya sgt lucu. Mcm penguin dan tidak berapa stabil. Dia tidak kuat meragam, sgt baik dan comel!! Tp susah utk disuapkan makanan krn Hani tak suka mkn. Hani sering mjd teman sepermainan Mujahid, kerap kali ditolak jatuh, dijdkan kuda, dan mcm2 lg.hehe..tp dia sabar je. Cuma bila dia dah tak thn, Hani akan menjerit, tp sekejap shj jeritannya.

Afifah tak dtg sekolah hr ini.. dia demam. Mgkin demam rindu pd abinya yg perlu ke Kedah atas urusan tertentu. Agak lama juga dia demam. Moga Allah sembuhkannya! Apabila Afifah tidak ada, Mujahid pula yg minta di dukung apabila mendengar bunyi kapal terbang blepas. Dia akan menunjukkan kea rah tingkap dan bercakap2 seolah2 menyuruh kita membawanya ke tingkap. Mula terikutkan Afifah. Kalau Afifah terjatuh, dia kan menyuruh ibunya tiup kwsn yg sakit. Kalau tidak, dia akan meniupnya sendri. Mujahid pula sudah terikut2 jg.. acapkali jtuh, dia pasti akan menunjukkan pd kami tempat yg sakit. Hehe.. lucunya anak2 ni..

tp apabila melihatkan kerenah mrk.. ia adalah tarbiyah utk diri sndri sbnrnya.. Alhmdllh

GelaGAt Anak2 RAudHah KTd

1 mac 2011

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT kerana memberikan segala kebaikan kepada hamba2Nya.. dengan izin Allah, Raudhah Child Development Centre KTD telah beroperasi walaupun masih terdapat beberapa bahagian teknikal yg masih perlu diselenggarakan. Murid pertama yang mendaftar ialah Abdullah Mujahid dan Afifah Solehah. Alhamdulillah saya berpeluang melihat gelagat mereka di tempat yang baru. Ktk penyelenggaraan sedang di lakukan, Mujahid kelihatan sangat takut dengan bunyi mesin gerudi. Dia seperti tergamam dan pasti memeluk kuat sesiapa di sisinya krn terlalu takut. Hehe..ingatkan Mujahid kental dan tegar dengan segala benda rupanya tidak juga.. takpe, kena berlatih supaya dpt jd mujahid yg sebenar!

Afifah pula menangis kerana msh terasa asing di tempat yang baru. Tp alhamdllh semakin lama, semakin pulih. Dia mula aktif dan bermain bersama Mujahid. Saya pula dpt pengalaman baru dengan membasuh Afifah yg membuang air besar, walhal dia baru shj sudah dimandikan. Ktk mandi, Afifah akan terloncat2 lalu memeluk saya krn terlalu sejuk dan seronok. Maknanya, saya pun akan mandi sama. Hehe. Bila basuh berak Afifah, terkenang pula suatu ketika anak menakan sy, Dek Man. Semasa dia msh kecil, sy lah yg akan membasuh berak dan muntahnya. Alhamdulillah, Allah beri pengalaman kpd sy.

Antara gelagat yg melucukan hati sy ialah apabila Afifah mendengar bunyi kapal terbang berlepas, pasti kelam kabut berlari ke arah sy lalu menyebut “ te be..” berulang kali sambil tangannya menunjukkan arah langit. Dia nak sy dukungnya dan bawa di ke tingkap krn mahu melihat kapal terbang. Mula-mula memang seronok, tp lama kelamaan, letih juga krn bukannya sekali dua kapal tbng berlps, tp byk kali! Allahu Akbar.. =)

Sy rasa amat seronok apabila dpt berada di RAudhah bersma anak2 suci ini. Inilah masa yg paling sesuai utk diterapkan asma’ Allah kpd mereka. Seperti yg sentiasa kami sebut,”Allahu Akbar..” alhmdllh, Afifah mula terikut2 nmun dengan bhs pelatnya lg..”A..Bar..” hehe.. Comel!!

Moga mrk dpt kami tarbiyah dgn acuan Islam.. ya Allah, berkatilah kami dan kasihilah mrk..

Tuesday, January 4, 2011

Penyakit Uji Keimanan, Kesabaran Manusia

Penyakit Uji Keimanan, Kesabaran Manusia

Umat Islam digalak ziarah, hulur bantuan ringankan beban orang sakit

SETIAP penyakit yang didatangkan Allah kepada kita umat Islam semuanya adalah ujian terhadap keimanan kita kepada-Nya. Ujian itu sama ada besar atau kecil bertujuan menghapuskan dosa jika kita bersabar.

Semua penyakit yang didatangkan Allah mempunyai ubat kecuali penyakit tua dan mati atau sampai ajal seseorang. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Mereka bertanya: Ya Rasulullah, apakah kami berubat? Baginda menjawab; Ya Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah meletakkan penyakit dan diletakkan pula penyembuhannya, kecuali satu penyakit iaitu penyakit ketuaan."
(Riwayat Abu Sunnah)

Sementara itu, Allah juga memberi ganjaran kepada orang yang menziarahi orang sakit. Daripada Thauban, Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Orang yang menziarahi orang sakit sentiasa berpeluang 'memungut' ganjaran dari syurga sehinggalah ia pulang." (Hadis riwayat Muslim)

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Barang siapa mengunjungi orang sakit atau menziarahi saudaranya yang seagama, maka memanggil akan dia oleh malaikat: Baik engkau dan baik perjalanan engkau dan sesungguhnya engkau telah menempatkan dalam syurga suatu tempat yang baik."

Dalam keadaan pesakit terlantar di katil hospital atau rumah, mereka akan rasa dihormati jika ada saudaranya, kaum kerabatnya dan kawan serta kenalannya datang menziarah. Kunjungan itu akan mengurangkan bebanan perasaan serta mengurangkan rasa sakitnya.

Tetapi seandainya tidak ada keluarga dan kawan menziarahi, dia akan berasa terasing, sedih dan pilu. Ini akan menambahkan lagi bebanan rasa sakitnya. Oleh itu, menziarahi orang sakit sangat digalakkan oleh Islam.

Cegahlah segala penyakit, sebab itu lebih utama daripada mengubatinya. Dalam kehidupan umat Islam, sesudah nikmat iman, tidak ada pemberian Allah yang lebih baik daripada nikmat kesihatan.

Oleh itu, jika menghidap penyakit segeralah diubati supaya tidak melarat dan mendatangkan lebih banyak mudarat.

Jangan sesekali meminta kepada orang biasa atau dukun pengamal mistik yang mengaku mempunyai ilmu ghaib. Barang siapa mendatangi mereka maka Allah tidak akan menerima sembahyangnya selama 40 hari.

Sementara itu, jangan berubat dengan benda haram, misalnya alkohol, binatang atau benda lain yang diharamkan Allah kerana Allah yang menciptakan penyakit tidak menjadikan yang haram sebagai penyembuh.

Uthman bin Abu al-Ass mengadu kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam akan kesakitan dirasai pada jasadnya sejak ia memeluk Islam, lalu Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda kepadanya:
"Letakkan tangan engkau pada bahagian jasad yang engkau merasai sakit dan katakanlah: Dengan nama Allah, sebanyak tiga kali, kemudian katakanlah sebanyak tujuh kali: Aku mohon berlindung dengan Allah dan kekuasaan-Nya daripada keburukan yang aku dapat dan aku berwaspada." (Hadis riwayat Muslim)

Sementara itu, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam juga mengajar doa menziarahi orang sakit. Daripada Ibnu Abbas, Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Orang yang menziarahi pesakit yang belum tiba saat kematiannya, lalu ia berkata di sisinya, sebanyak tujuh kali: Aku bermohon kepada Allah Yang Maha Besar, Tuhan 'Arasy yang Agung, agar menyembuhkan engkau. Nescaya Allah akan menyelamatkannya daripada penyakit itu." (Hadis riwayat Abu Daud)

Jelaslah sakit dan penyakit adalah ujian Tuhan kepada hambanya. Setiap orang akan merasa sakit sama ada sakit berat atau ringan. Setiap penyakit ada ubatnya. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Allah tidak menurunkan suatu penyakit melainkan Allah menurunkan penyembuhan untuknya." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Apabila anda sedang sakit, bersabar dan bertawakal sambil berikhtiar untuk berubat. Penyakit datang dengan tiba-tiba, sedangkan penyembuhannya memerlukan waktu yang lama. Harus diingat, doktor hanya mampu mengubati sedangkan yang menyembuhkan adalah Allah.

Bagi mengelakkan penyakit, selalu bersenam, jangan makan terlalu kenyang ini kerana terlalu banyak makan mengakibatkan timbulnya penyakit jantung, darah tinggi, hati dan paras kolesterol tinggi.

Umat Islam juga diingatkan mengelakkan penyakit yang mengaibkan dan berbahaya. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan segala penyakit yang berbahaya."

Dan dalam hadis lain, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada mati sebab jatuh ke dalam telaga, mati akibat runtuhan, tenggelam, kebakaran dan aku berlindung daripada dibinasakan oleh syaitan ketika hendak mati, aku berlindung kepada-Mu, dan aku berlindung daripada mati kerana sengatan binatang yang bisa." (Hadis riwayat al-Nasai dan al-Hakim)

Sesungguhnya Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam sebagai seorang Rasul memang dipelihara Allah daripada sebarang penyakit jelik. Bahkan Baginda mengingatkan kepada umatnya supaya berusaha mengelakkan dan menjauhi penyakit yang mengaibkan dan perkara buruk lain.

Sakit adalah takdir Allah yang menimpa kepada sesiapa dikehendakinya. Tidak ada orang yang meminta untuk mendapat penyakit. Tetapi apabila penyakit menimpa, maka hendaklah kita bersabar menerima takdir Allah dan berusaha supaya disembuhkan daripada penyakit itu.

Saturday, December 11, 2010

Selamat Hari Lahir Abg!


hari ini saya bertungkus lumus memasak utk abg..
saya berusaha utk mencintai memasak wpun saya tahu, sgt sukar bagi saya..

abg, saya tidak mampu memberikan apa2
melainkan sebuah cinta dan kasih krnNya saya akan terus berusaha memperbaiki diri krn saya tahu, terlalu byk kelemahan yg ada hingga membuatkan saya malu utk berhadapan dengan abg, yg penuh dgn ilmu..

saya tahu, berubah bukan mudah..
bgtu juga dgn tarbiyah, memerlukan masa yg agak lama, tp indahnya tarbiyah, jika dilalui krn Allah saya sygkan abg.. hingga sblm tdur, sy akan menatap wjh abg.. krn sy sgt2 bersyukur.. dihadiahkan Allah seorg insan yg amat hebat dan penuh kesabaran! terima kasih Allah! terima kasih abg... happy birthday buatmu...

Sunday, October 17, 2010

Mak Cik Leha..


tiba- tiba aku teringatkan kisah seorang wanita yg dipilih Allah untuk melalui beberapa ujian hidup..
susuk tubuhnya melambangkan kudrat yg dimilikinya semakin lemah, dia bukan lg wanita yg berusia 2o-30an ttp telah mencecah ke angka 40-50an..namun masih lg gagah mencari sesuap rzki buat keluarga..

mak cik leha antara pekerja yg menjual makanan di kantin matri. orgnya ramah dan sntsa tersenyum. setiap hari dia akan dtg pd awal pg, dan balik lewat ptg di kantin menjual mknnnya.

aku lihat, setiap petang, dia akan dtg menolak troli yg penuh dgn brg2 keperluannya dr rumah. faktor geografi di matri yg berbukit tidak menjadi penghalang bgnya, dia terus menggagahkan diri menolak troli yg berat seorg diri. aku tak sampai hati membiarkan mak cik keseorangan begitu, lantas terus berjalan menuju ke arahnya dan membantu mk ck.

pada mulanya, aku tidak begitu rapat dgn mk ck. namun, sehari ke sehari, hubungan kami semakin rapat bagaikan anak dan emak. secara tidak kusedar, aku telah menjadi pembanyunya tanpa gaji hingga ting 5..sedikit sebanyak aku mula mengenali mk ck.. baru kukenal, wanita ini mungkin kelihatan lemah, namun memiliki hati yg teramat tabah!! pada mulanya, suami mk ck merupakan seorg lelaki normal, yg bekerja dan bersosial spt org biasa.. ktk aku di ting.1, pkck jrg ke kedai mk ck..namun, ktk aku di ting2, semakin lama pkck makin kerap berda di kedai mkck..dan jika dulunya dia bergurau senda dgn pljr, kali ini dia mula merapu. mkck meminta pkck pulang, tp pkck tdk mahu. semakin lama, penyakit pkck semakin melarat. dia tudak dpt bekerja, tubuhnya semkn susut. bru kutahu, pkck mnghidap penyakt barah otak ( something like that, im not sure).. dia smkn hlg kwln.. ktk aku di ting 4-5 (tak pasti) pkck hilang dr rumah rumah. entah ke mana. puas di cari, keluar surat khbr dan berita namun tidak ketemu. akhrnya, hasil bntuan irg ramai, mrk menjumpai krta yg dinaiki pkck sblm hilang. setelah cuti, aku masih mbantu mkck, nmun tidak langsung ku lihat, riak wjhnya sedih, ataupun air mata nya tidak berlinangan. mkck tetap tersenyum dan tabah!!hinggalah suatu hari, alhmdllh..mrk bjaya menemuinya..

mkck tetap mjaga pkck, setia dgn suaminya..pernah sekali, pkck merayau di kwsn mtri. mkck mencarinya lalu memapahnya pulang ke rumah. sudahlah tubuhnya kecil, dan tua, memikul beban yg berganda berat drpdanya.. mkck tetap tabah!

alhmdllh, mkck dimurahkan rzki, duit yg ada digunakan utk membesarkan sdkit kwsn rumahnya. sglanya hampir siap, tunggu utk di cat shj. sedang mkck brda di kantin, tba2 bomba dtg ke rumahnya. rupanya, baru mkck teringat, dia lupa utk memadam api yg digunakan utk memasak air! akbtnya, cerek itu meletup dan hmpir terbakar.. klhtn sedikit asap.. mkck tetap tidak mengeluh, dia tabah!

kini, pkck bru shj meninggal dunia..ktk raya aid ftri 2010.. dia redha dgn pemergian suaminya itu.. aku berkesempatan menemuinya baru2 ini. dia semakin tua,..giginya hampir tiada,..namun masih lg bekerja, tersenyum dan tabah mengharungi sisa2 hidup yg masih ada.. mengenangkan kisahnya, aku malu pada diriku sendri... dialah wanita yg amat tabah!!

Sunday, September 26, 2010

MUHASABAH

" tidaklah sedikit amal yang dibuat berlandaskan ZUHUD.. dan tidaklah besar amal yang dilakukan BUKAN KRN ALLAH.."

perkongsian bersama sir rosdi ini walaupun sebentar tetapi amat bermakna dan menyentuh hati.. benarlah, jika sesuatu amalan yg kita lakukan walaupun kelihatan kecil ttp jika ikhlas krn Allah, maka ganjarannya amatlah besar di sisi Allah..

berbeda pula amalan yang dilakukan walaupun sebesar gunung tetapi diiringi riya', takabbut, serta ujub, ataupun ada kepentingan lain,..sia2.. habaaam mantsura.. ibarat debu2 yang berterbangan..

bagaimana pula jika kita melakukan amal yg besar, berterusan krn Allah,..pastinya berganda besarnya pahala yg menanti kita..i.Allah!!

jom muhasabah!!

Thursday, September 23, 2010

TINTA CINTA

AKU TIDAK BISA MENGUNGKAP CINTA..
KERNA AKU TIDAK MAHU
MENJDI AHLI NERAKA..
NAMUN, SETELAH KUMENIKAH..
AKU BISA MENGUNGKAPNYA..
TAPI..
AKU MALU DGN BICARAKU SENDIRI..
KERNA HANYA KAU LELAKI DI HATI..
TIADA PENGALAMAN DLM HAYATKU..
MENYATAKAN I LOVE YOU..
PADA LELAKI SELAIN KAMU..
KUKIRA KAU TERIMA..
DIRIKU SEADANYA..
KERANA KUKINI..ISTERIMU..
DAN KAU PULA..
PEMILIK CINTAKU..
KU ABADIKAN TINTA CINTA INI..
TANDA KASIH YG BERSEMI..
DLM HATI SANUBARI..
SEORANG WANITA YG BERGELAR ISTERI..

MOGA KITA KEKAL BERSATU..
DLM SYURGA KITA KAN BERTEMU...

BAIT-BAIT CINTA UTKMU..

kupunya hati..
yg didiami oleh cinta..
puas kucari..siapakah gerangan insan..
yg cocok utkku serahkannya..
puas kucari..
hingga kulelah..
lalu kau hadir..
membawa cahaya..
menerangi hati..lalu membuka pintu cinta..
lelahku terubat..
patas bertkar menjadi ceria..
baru kusedar..
kaulah yang selayaknya..
menemani aku..
bersama membungakan taman cinta..
dgn kasih dan sayang krnNya..
aku cinta kamu..

AHMAD HAFIZ..SUAMIKU..



Wednesday, September 22, 2010

MARAH..

semua manusia memiliki persaan marah..
aku juga tidak terlepas..
apabila rasa itu dtg menyinggah..
ibarat taufan dtg memusnah

marah..
bila kucuba selaminya dgn sabar..
kutemui kekecewaan..
knp..
krn aku tahu..marahku bukan di jln yg benar..
mrhku krn hawa..
marahku krn kejahatan di dlm jiwa..

bgmna utkku uruskan marah..
agar dpku salurkan kpd kebenaran..
utkku melatih kesabaran..
supaya setiap kali ia dtg menjengah..
aku bersedia utk melelahkannya..

namun..bukan mudah..
kuperlukan masa..
kubutuhkan kekuatan..
utkku memanipulasikan keadaan..
sekiranya dia dtg lg..
kusiap bertahan..
dgn perisai kesabaran..
diiringi sebilah pedang keimanan..


Sunday, September 19, 2010

SUAMIKU PENGHIDUP SIRAH..


suamiku penghidup sirah..

abg..selama kita bersama, baru saya sedar,.. abg banyak mendidik sy dengan sirah nabi dan sahabat2.. setiap kali sy buat salah, abg takkan meniggikan suara pd saya,..tp abg mperbetulkan sy dgn sirah2 yang berkaitan.. adakalanya sy berasa geram,..krn sy bukanlah sahabat.. sy bukanlah seorg yg soleh sptmana yg abg ceritakan kisah2 mrk pd sy,..tp semua itu adalah didikan abg pd sy..

abg ingt tak.. saya mengadu sakit pd abg?..
abg ceritakan pd saya mengenai kisah seorg wanita yg mengadu sakitnya kpd Rasulullah.. bgnda bersabda,..aku boleh berdoa agr Allah menyembuhkan sakitmu.. ataupun kau bersabar menahan skt itu lalu dikurniakan pahala oleh Allah atas kesabaranmu..(lebih kuranglah..) lalu, wanita itu memilih pilihan kedua..

abg ingt lg tak..
waktu abg terlanggar kucing?.. abg menceritakan kisah Khadijah ra yg mana beliau menenangkan hati Rasulullah ktk baginda resah semasa penurunan wahyu yg pertama.. agar sy menenangkan abg yg terkejut akibt perlanggaran itu..

abg ingt lg tak..
sepanjang masa kita merasakan tiada wang.. tiada kelengkapan rumah tangga yg sempurna spt org lain?.. sama2 kita memperingati kisah shbt2 yg kemiskinan..lebih dahsyat kemiskinan mereka dr kita.. terus hati kita menjdi lembut dan bersyukur dgn apa yg ada..

subhanallah.. abg..trm ksh atas peringtanmu.. perkongsianmu.. bantuanmu dlm menghidupkan sirah dlm diriku.. hjt doamu abg.. agar sy mampu mencontohi kebaikan para shbt...

uhibbuka lillah abadan abada....

Thursday, September 2, 2010

-DILEMA RAYA-

alhamdulillah.. kali ini aku berpuasa bsama SUAMI..
agak terasa kelainannya..
kami berbuka bersama, sahur bersama, solah pun bersama..
apabila dia perlu keluar bekerja (outstation),
terasa amat rindu dan risau.. kalau2 ada buat salah,
tak sempat memohon maaf.. krn redhanya amat penting bg aku..

kebiasaan manusia yg normal pasti tidak terlepas
drpd mmkirkan hari raya yg bakal mjelang tiba..
tatkala mrk berpusu2 ke kedai dan butik menempah baju raya,
membeli kasut raya, kuih raya dan ada juga yg jadi hantu raya..
aku menahan gelora jiwa..

aku juga insan biasa,..yg inginkan semua itu..
namun aku tahu dan sedar..kehidupanku telah berubah..
aku perlu korbankan sesuatu utk dptkan sesuatu yg lain..
aku tahu,..keadaan suamiku tidak mampu utk memenuhi sglanya..
hingga kini aku mbisu dan tidak bckp apa2 mengenai persiapan raya..
aku juga langsung tidak meminta apa2 drpdnya..
krn aku tahu..kami tidak mampu..

aku juga sedar..hidup ini adalah sementara..
utk apa byk baju sedangkan kita hnya dikapankan dgn kain putih shj nnt?
utk apa bju lawa2 sdgkan nnt kita akan mhadap allah dlm
keadaan tidak berpakaian?
bkn bermakna aku zuhud..aku juga inginkannya..
namun inilah tarbiyah.. aku cuba utk bsykur dgn apa yg allah berikan pdku..
jika suamiku mahu mberikan hadiah..aku bersyukur..
itu adlh bonus..
bukankah seorg isteri solehah itu tidak mbebani suaminya
dgn permintaan yg mcm2?

aku sedikit terkilan.. apabila teman2ku bertanya..
"baju raya wrna apa thun ni?"
"dah beli kst raya?"
kalau dulu aku boleh mjawab dgn bangganya..
tp kini, automatik aku perlu senyum dan mjawab
"mcm2 warna ada, i.allah.. "
"kasut tu lawa lg.."
sdgkan hatiku sedikit pilu apabila perlu mengubah
gaya hidup dgn sekelip mata.. inilah tarbiyah.

adakah aku menyesal?.. tidak..
aku cuba pujuk hatiku.. dan aku gmbira dgn suamiku..
dialah hadiah terbaik utkku..
trm ksh allah..

pujuklah hati ini..
tak smstinya semuanya perlu baru utk smbut raya..
sbb..utk apa material baru belaka..tp hati tetap di kondisi lama?
hati tetap bkarat jg wlupun ramadhn telah pergi..
hati tetap tidak dpt mengikuti iman..
hati tetap menuruti nafsu dan sytn..

jika diberi sdkit rezeki dr allah.. bersyukurlah..
allah akan tmbh lg dan itulah yg plg barakah..

i.allah.. inilah yg terbaik..
mg allah ampunkn kami..

Saturday, July 17, 2010

~abah dan mama kena siapkan diri~

drpd individu (fardhi),..kini telah mjd baitul muslim..

telah menjadi fitrah bg setiap suami isteri yg telah berkahwin..
pastinya inginkan cahaya mata..

kdgkala aku terfikir.. apakah itu fitrah manusia?
aku juga tidak terkecuali, ingin cahaya mata penyeri keluarga,
pengerat kasih, pendamai jiwa,
tp..
bersediakah aku??

sms aku bujang, aku dpt merasakan byknya kekotoran hati,
kemaksiatan, dan kelalaian yg telah aku lakukan kp Allah..

stlh wlmh, rasa jauh lg dr Allah.. sukarnya nk jg hati,
sukarnya nk jd soleh, susahnya nk jg HDA,..
mcmana nk jd murabbi pd ank2 nnt??

ibu bapa yg akan mencorakkan anak2..
ibubapalah yg akan mewarnai anak2..
tp..dengan warna apa?? corak apa??
aku rasa keinginan mjd ibu hanya keinginan semata2..
aku tidak bersedia lg sepenuhnya utk mjd seorg ibu
aku rasa tak mmpu utk mjlnkan t.jwb itu
utk mjd isteri pun msh tidak terjln t.jwb,
ada byk lg kekurangan yg perlu diperbaiki,..
yg WAJIB di baiki..

ya Allah.. hjtnya Kau kurniakan km chya mata ktkmana
Kau tahu km telah bersedia.,
aku takut aku menzalimi anak2ku..
aku takut tak mmpu membentuknya dgn acuan
yg Allah ingini..

dengan dunia yg diselubungi kemaksiatan..
penuh kezaliman dan sistem islam tidak tertegak..
aku risau!!

ya allah..aku mohon Kau berilah apa yg terbaik..
bantulah kami dlm persiapkan diri kami..
aku khuatir dosa2 ku yg mencorak anak2 ku..

ada seorg hmba Allah pernah btnya kpd bapa
sorg ulama' yg soleh..bgmna dia mdidik anknya hingga jd sebgtu soleh??
ayahnya mjwb.."aku bersedia selama 20 thn.."

subhanallah!!..aku pula??
astaghfirullah..

anugerahku..andai telah kau tlh ada di loh mahfuz,
doakanlah aku agr bersedia utk mndidikmu..
anugerahku.. kami menanti kehadiranmu di dunia ini..
kami berusaha utk mempersiapkan diri di sini..
moga kau hadir ktk Allah meredhai km..
namun, andai dunia ini sudah tidak selamat lg utk kau diami..
adalah baik kau tidak hadir ke sini..
aku khuatir..kau akan terbunuh dek kezaliman dunia
dan sistem jahiliyah yg sedang menguasainya..


anugerahku.. mama dan abah rindu pdmu..

Sunday, July 11, 2010

jiranku mendapat hidayah krn se tupperware nasi??

semuanya dtg dari Allah.. apa yg kita lakukan hanyalah krn Allah.. kita mungkin boleh lakukan apa shj yg kita mahu di atas jln trbyh ini slagi tidak melanggar syara'.. namun..hidayah adalah milik Allah..

satu malam, suamiku dtg kpdku dgn wajah yg sedih.. dia menceritakan tentang jiran bilik kami,..

"adakah kau tahu..siapakah mrk jiran tetanggamu..
pernahkah kau melihat apakah dlm sendu atau sendawa.."

rupanya, jiran kami itu kebanyakannya dr sabah..dan dtg dr keluarga yg miskin.. ada yg bapa mrk telah meniggal dunia, ibu mrk menyara mrk yg ramai adik brdik dengan menjual kuih.. ada yg bapanya bekerja sebagai pemandu lori.. aada yg dibekalkan dgn duit blnja rm10.. ada rm50..

suamiku melahirkan rasa kesal.. rupanya dlm keadaan km yg sering kenyang perut, ada mknn di dapur.. jiran km dalam kelaparan.. tidak mkn dr pg hingga petang.. tiada duit utk mbeli sekeping roti.. jika ibu mrk telefon dan bertanya telah mkn atau belum..mrk mjawab dgn gembiranya "dah"..

terus ku bungkuskan nasi lebihan di dapur utk mrk.. lalu suamiku pergi menghantar mknn itu kpd mrk..

mlm itu..seseorg telah mengetuk pintu rumah kami..rupanya mahu memulangkan bekas mknn.. rupanya.. maha suci allah yg telah mberi hidayah kpd mrk.. hmpir semua yg lapar td bhajat utk belajar mdirikan solah!.. subhanallah... baiknya allah.. mg mrk kekal mjd pdokong dakwah ini!!

~tarbiyah di dapur~

dengan kalamullah yg suci aku mulakan kalam bisu..

hari ini aku pulang awal ke rumah,.berhajat untuk memasak.. berikutan wang yg semakin perlu dijimatkan dan telah ada bahan2 memasak,..tak ada lg alasan utk dapur berasap,..

ya allah..aku tak tahu langsung bagaimana aku perlu masak.. walaupun pd tanggapan org lain memasak adalah pkara yg mudah.. dan adalah memalukan bila seorang isteri tidak tahu memasak,.. tp.. semua org bermula dr zero.. aku juga bermula dr zero..

aku cuba dan berusaha membuat sambal udang berdasarkan resipi mama.. mulanya aku cuba menggoreng ikan dahulu.. tp..ikan perlu disiang! aku bertawakkal pd allah.. mana perut ikan ni? mcmana nak siang? nak belah kat mana? aku mula menggelabah.. perlahan aku istighfar lalu cuba siang sedikit demi sedikit..

alhamdulillah selesai.. pinggang yg sakit di urut2 kan. tangan yg terluka dek sirip ikan langsung tak diubati, bau busuk perutnya tidak ku kisah..asalkan siap!menggorengnya juga satu masalah bagi aku yg takutkan myk..

kemudian, aku persiang udang pula.. masak sambal udang.. allah izin, tidak berapa menjadi.. sambalku terlebih pedas! cepat2 aku telefon tok guru ku.. "mama".. dapat satu pengajaran..

kucuba pula sup ayam.. entah berlaku sedikit kekeliruan, aku confius mcmana nak masak..cepat2 kutelefon tok guru 2, "nor".. tp tidak berangkat..telefon lagi dan lagi, telefon org lain pula, tetap tak dpt.. aku putus asa dan air mata mula mengalir..

ya Allah..aku nk msk utk suami aku ya Allah..permudahkanlah...

alhamdulillah..nor dapat kuhubungi.. maka..jdlah sup ayam yg tidak berapa sedapnya..

kesimpulannya.. usaha mmg tangga kejayaan..namun tak semua usaha mebuahkan hasil jika tidak disertai keimanan..

dalam menempuh satu pjalanan yg panjang...kita akn rasa lelah dan lemah dgn plbgai mehnah..kita telah cuba segala yg kita mampu..tp tetap tidak bjaya..akhirnya kita putus asa.. kita lupa utk berdoa kpd Allah sbnrnya,,..

dalam menuntut ilmu, apa shj yg kita nk tahu.. perlu ada guru.. bukan menjadi kerbau yg dicucuk hidungnya lalu dibawa merata2..

semua org bermula dr bawah..tiada yg terus bejaya.. Allah tak kira natijah..tp allah kira usaha kita, sejauh mana yg telah kita korbankan walaupun sedikit utk Allah..

luka krn Allah itu adalah lebih baik.. walaupun sakit, tp tidak sesakit mrk yg menyerahkan nyawa di jln Allah..

berada di dapur juga menginsafkan aku.. subhanallah..bukankah keinsafan ini juga dtg dr allah?..

Tuesday, July 6, 2010

~aku cuba memahami~

bismillahirrahmanirrahim..

aku mulakan coretan ini dengan kalamullah, agar apa yg ku luahkan bukan sia2..

adakalanya, aku amat berasa sedih, krn aku tak mampu memberikan apa2 sumbangan mahupun abntuan untuk mengatasi sesuatu masalah yg blaku.. setakat menjadi pendengar setia mahupun mengikuti perkembangan semasa. apakah aku seorang yg suka menjaga tepi kain org? ataukah aku spt pepatah " kuman di tgh laut nampak tetapi gajah di depan mata tak nampak"?

ya Allah..aku memohon ampun atas khilafku..

aku sedih..kenapa hal sebegini boleh berlaku? apakah yg mereka inginkan sbnrnya? apakah yg mereka ingin tunjukkan sbnrnya? untuk apa semua yg mrk lakukan itu? adakah mereka dapat mencapai kepuasan sbnrnya?

HIPOKRIT..

apa yg boleh kita semua fahami tntg hipokrit? siapa yg hipokrit yg sbnrnya? apa yg mrk fhm mksud sbnr hipokrit ni? dan..adakah wujud istilah ini dlm hidup seorg muslim??

aku terdiam sejenak.. bg aku.. TIDAK ADA.. knp?? krn bukankah manusia itu di serta kan kelebihan dan kekurangan msing2? bukan kah manusia itu bersifat lemah dan pelupa? manusia= nasia= lupa?? jd knp timbulnya istilah hipokrit? atau talam dua muka? bg aku.. itu krn lemahnya iman, lemahnya himmah dan iradah dan tertipu dgn syaitan yg memperdaya, oleh itu mrk bsikap dengan suatu sikap yg tidak sepatutnya ada pd diri seorg muslim.

adakalanya, mnsia itu juga tersalah langkah, krn kita terdedah dgn kesilapan, kita bukan maksum..dan tiada manusia yg maksum.. mmg kita adakalanya, menyampaikan kbnrn ttp kita sendiri yg melakukan apa yg kita larang itu, aku akuinya,..namun hipokritkah dia?? atau di hadapan org bersikap lain, dibelakang org bersikap lain (cakap tak serupa bikin), apakah dia itu seorg yg hipokrit?

bila aku duduk dan merenung sejenak... benarlah islam itu.. serendah2 iman adalah husnu zhann.. apabila kita tidak mengamalkan islam yg sbnr... timbullah segala istilah yg entah mcm2.. yg aku fhm... Rasulullah menyebut munafik... serupakah hipokrit dan munafik?? aku rasa.. allah telah kurniakan akal yg panjang utk memikir sesuatu bg kita semua.. Allah juga telah kurniakan ilmu tntg islam dan iman.. sama2lah kita muhasabah.. mengapakah kita sering timbulkan persoalan apabila org lain mengajak kpd kebaikan? semata2 krn org itu pernah melakukan kesalahan yg sma? bukankah kita semua akn berhadapan dengan Allah secara INDIVIDU?

apa yg kita nak sbnrnya di dunia ni.. semua sedia mafhum..kita dah dekat dgn kiamat.. dah nk hancur dah bumi ni.. mcmna pengakhiran kita nnt? pernah kah kita terfikir tntg tu semua? atau..hanya memikirkan hal duniawi semata2??

kita bersama muhasabah...


Thursday, June 24, 2010

"mama..Rindu sgt2 kat mama.."

hakikat hidup setelah walimah, si isteri akan mengikuti suaminya..dan suaminya menjadi keutamaannya..bukan lg keluarganya..

mama.. rindu sgt2 pd mama.. seolah diri ini tak cukup lagi merasai kasih syg mama, rasa seperti tak puas lg utk mjd anak mama.. tiba2 allah takdirkan kita makin jauh, makin jauh..

sekolah menengah di matri selama 5 thun lebih.. sambung KTD memakan masa 3 thun...namun hmpir 2 thun aku berjauhan dgnmu.. terasa diri ini baru shj ingin mengucupimu sepuasnya, ingin shj aku memelukmu sepanjang masa.. ingin shj aku berbakti dan merasai kasihmu sbgi seorng ibu..setelah sekian lamanya kita berjauhan..

tetapi allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk kita..mungkin allah nk tarbiyah diri ini agar menghargaimu sentiasa.. agar merinduimu sntsa.. agar sedar hakikat diri ini sbgi anak pdmu whai mama..

menjdi seorg isteri yg baik bukan mudah,,nmun itulah yg selalu mama pesankan.. mama,..saban hari hati ini menangis kerinduan pdmu.. seringkali aku terbayang.. saat perpisahan kekal itu mungkin akan tiba,..tetapi aku khuatir aku tidak mampu hadapinya..krn aku tak puas lg menjadi anakmu..

ktk aku kemalangan.. hingga kini aku sedar maut itu amat dekat.. aku sntsa sedar hakikat khdpn ini pendek shj.. ktk itulah aku amat merinduimu mama.. amat ku khuatir andai tatkala aku menelefonmu..bukan kau yg menjawabnya.. tp tangisan dan suara sayu abah yg menjawab..

mama.. tak tahu bgmna dptku ungkapkan betapa aku merinduimu mama.. semlm aku menangis keseorangan..krn tlalu mrinduimu.. aku menghantar msg rindu pd jam 1pg..dan alhamdulillah mama balas! mama..

hanya aku mampu coretkan kerinduanku pd bicara bisu ini.. mama..ingin sekali aku bertemumu.. ingin sekali aku memelukmu sepuas hatiku..bermanja2 dgn mu.. amatlah rugi bagi mrk yg ada ibubapa ttp tak dpt merasai ksh syg mrk..

mama..terima ksh mama.. syg mama.. rindu mama.. hjt doa mama stsa..

Thursday, May 27, 2010

~ujian di dapur~

alhmdllh.. kini dapur sudahpun dibeli..maka ia tidak sekadar mjd perhiasan semata.. alhmdllh aku sudah mula utk memasak..wlupun aku tahu ilmu memsakku blh dikatakan terlalu sedikit.. ( hmpir tiada..) tp apa yg mbuatkan aku bersungguh utk memasak krn aku teringt kisah2 serikandi rasulullah dahulu.. ada yg msak hingga berpeluh2, maka allah byr dgn syurga.. ada yg mngdu kepenatan ( mmg penat krn uruskan mcm2..+ study..) lalu rasul ajar baca 3 kul, ayat kursi n al fatihah, iAllah bertenaga..

kanda pula sntsa memuji n bsyukur setiap kali memakan mskn ku walhal aku rasa terlalu malu utk menerima pujian2nya..knp? aku tahu..msknku tidak sedap mana.. aku juga merasainya.. ya Allah.. cepat2kanlah aku pndai mmsk..

ujian kini ialah bhadapan dgn minyak yg selama ini aku cukup geruni.. jika d rumah, aku ada sarung tgn dan senduk yg pjg, jd peratusan utk terkena myk agak sdkit berbanding di sini.. segalanya serba kekurangan.. tb2 myk menyerangku!! ya Allah..sakit,..takut..geram kat myk semua ada.. hingga wjhku juga sudah bermyk,..tp alhmdllh aku tidak naik myk..

apapun...inilah stage khdpn.. aku tahu knp allah tak bg zuriat lg.. byk sbb.. antaranya Dia nak aku sesuaikan diri dan pndai mbahagikan masa dahulu.. dan aku mmg tak bsedia utk trma kehadiran sahabat kecil lg.. aku belum lg membentuk diriku mjdi insan rabbani... namun akan ku usahakannya!! iAllah...